Maritim Malaysia tahan bot persiaran beroperasi tanpa lesen di Port Dickson
SEREMBAN 1 Nov – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Melaka dan Negeri Sembilan menahan sebuah bot persiaran yang beroperasi tanpa lesen dan insurans di perairan Port Dickson, dua hari lepas.
Pengarah Maritim Negeri Melaka dan Negeri Sembilan, Kepten Maritim Haris Fadzillah Abdullah berkata bot persiaran dengan 10 penumpang itu ditahan Maritim Malaysia ketika rondaan rutin di kedudukan 0.9 batu nautika Barat Daya, Telok Kemang, di sini kira-kira 7 malam.
“Sewaktu pemeriksaan, bot persiaran tanpa sebarang tanda nama itu didapati gagal mengemukakan sebarang lesen dan insurans yang sah daripada Jabatan Laut Malaysia untuk beroperasi serta membawa penumpang di perairan Telok Kemang.
“Susulan itu, pengemudi dan pemilik bot persiaran dipercayai dari sebuah resort berdekatan itu ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Maritim Negeri Melaka dan Negeri Sembilan untuk siasatan lanjut dan kes disiasat di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Dalam pada itu, beliau meminta orang ramai terus menghubungi Pusat Operasi Maritim 06-3876730 dan 999 yang beroperasi secara 24 jam sekiranya mempunyai sebarang maklumat mengenai kesalahan jenayah dan kecemasan di laut.- BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
PEKERJA ASING TIKAM RAKAN SEDANG TIDUR GARA-GARA KRIKET
JASIN 11 Januari - Pergaduhan mulut mengenai sukan kriket berakhir dengan tragedi berdarah apabila seorang pekerja asing warganegara Nepal parah...
TERIMA KASIH SUDI ‘JENGUK’ KAMI
KUALA LINGGI 11 Januari - Ucapan terima kasih tidak terhingga antara kalimat yang diungkapkan penerima bantuan kebajikan yang diziarahi Exco...
TRAGEDI KELUAR SIMPANG: WARGA EMAS MAUT, CUCU CEDERA
LENDU 11 Januari - Seorang pesara tentera maut, manakala cucunya cedera selepas motosikal ditunggang bertembung dengan sebuah kereta di persimpangan...
W.R.U.R MEDAN SELAMI, SELESAI KEMELUT MASYARAKAT
KUALA LINGGI 11 Januari - Program Ziarah Kasih Sempena Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (W.R.U.R) di Dewan Undangan Negeri (DUN)...
‘TERIMA KASIH BANTU KAMI’
KUALA LINGGI 10 Januari - "Bagaikan hilang kata-kata apabila melihat keadaan dalam dan perkarangan rumah kini lebih bersih dan kemas....
W.R.U.R: KEMBARA KAK SOM DEKATI MASYARAKAT
KUALA LINGGI 10 Januari - Kembara Kak Som yang menjelajah ke segenap pelosok Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi bersempena...