Marikh capai jarak paling hampir dengan bumi pada Selasa
DOHA 12 Okt. – Qatar Calendar House (QCH) mengatakan planet merah (Marikh) akan kelihatan lebih terang dan lebih besar berbanding hari biasa bermula petang Selasa hingga subuh Rabu, lapor agensi berita Qatar (QNA).
Keadaan itu berlaku disebabkan Marikh akan mencapai kedudukan terhampir dengan Bumi pada pagi Rabu, 27 Safar, 1442 H, bersamaan 14 Oktober, 2.18 pagi waktu tempatan Doha, kerana akan berada dalam posisi berselisih dengan matahari, dikenali secara astronomi sebagai fenomena pertembungan Marikh dan Matahari.
Fenomena itu amat penting, kerana dianggap peluang yang baik untuk mengamati dan melihat planet Marikh dari permukaan bumi dengan mata kasar atau mengggunakan alat astronomi untuk jangka waktu terpanjang sepanjang tahun ini, yang akan kelihatan hampir sepanjang malam, kerana waktu terbit dan terbenamnya hampir sama dengan waktu matahari terbit dan terbenam, kata pakar astronomi QCH Dr. Beshir Marzouk.
Ketika fenomena ini, Marikh akan berada di kedudukan paling jauh dari matahari dan akan berada sekitar 211.5 juta kilometer (km) dari pusat matahari, pada masa sama ia berada di kedudukan paling dekat dari bumi iaitu pada jarak 62.3 juta km dari pusat bumi, tambah Marzouk.
— BERNAMA
Views:
Related
Berita Lain
MAIM TAMBAH BAIK MUTU PERKHIDMATAN
AYER KEROH 20 Januari - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) akan menambah baik proses permohonan bantuan apabila akan mempercepatkan kelulusan...
‘ANAK ASYIK TERSENYUM DAPAT BAJU SEKOLAH BAHARU’
REMBIA 20 Januari - "Sepanjang pagi ini anak asyik tersenyum apabila diberitahu dia akan memakai baju baharu apabila sesi persekolahan...
MPJ TERUS DEKATI KOMUNITI JASIN
JASIN 20 Januari - Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) menggalakkan gaya hidup sihat komuniti dalam kawasan pentadbirannya dengan menganjurkan Program Mesra...
92 ANAK-ANAK REMBIA TERIMA BANTUAN PERSEKOLAHAN
REMBIA 20 Januari - Riak wajah ceria jelas kelihatan di wajah 92 murid dari sembilan buah sekolah rendah kawasan Dewan...
HIASAN TAHUN BAHARU CINA GAMIT KUNJUNGAN ORANG RAMAI
AYER KEROH 19 Januari - Lebih 350 tanglung pelbagai bentuk dan warna menghiasi perkarangan Balai Raya Taman Bukit Melaka, di...
‘BERANI BERKHATAN SEBAB NAK JADI BOMBA’
ASAHAN 20 Januari - Bercita-cita menjadi anggota bomba membuatkan seorang kanak-kanak Muhammad Syahmi Ikmal Mohd Nazri,8, berani untuk berkhatan pada...