
Maqis tahan kontena bawa 24,945 kilogram makanan haiwan dari Turki, Perancis
SHAH ALAM 9 Mei. – Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) menahan dua kontena mengandungi 24,945 kilogram makanan haiwan dari Turki dan Perancis bernilai lebih RM177,000 kerana tidak mematuhi syarat import di Pelabuhan Klang Barat, kelmarin.
Pengarah MAQIS Selangor Zamri Hashim berkata, hasil pemeriksaan rutin pihaknya pada 4 petang mendapati kontena membawa makanan kucing dan anjing itu tidak mematuhi syarat import MAQIS seperti dinyatakan dalam permit, lesen dan perakuan.
“Ia menjadi kesalahan mengikut Seksyen 15(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011.
“Mereka boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 15(2), akta sama dan jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara tidak lebih enam tahun atau kedua-duanya,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Zamri berkata pihaknya akan terus memperketat kawalan dan tiada kompromi ke atas biosekuriti barangan yang dibawa masuk dari luar negara dalam memastikan komoditi pertanian mematuhi syarat serta peraturan ditetapkan.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
HARGA TIKET ZOO MELAKA DITURUNKAN
AYER KEROH 17 April - Zoo Melaka menurunkan harga tiket ke taman haiwan itu sepanjang tahun ini. Yang Dipertua Majlis...
MENARA TAMING SARI KEKAL DINAMIK SELEPAS 17 TAHUN
BANDA HILIR 17 April - Selepas 17 tahun ditubuhkan reputasi Menara Taming Sari sebagai ikon pelancongan utama Melaka perlu dikekalkan...
TAMAN TEMA SALJI MERCU PELANCONGAN BAHARU MELAKA
AYER KEROH 17 April - Taman Tema Salji yang pertama di Malaysia kini beroperasi di Melaka, sekali gus menjadi satu...
TAHUN MELAWAT MELAKA 2.0 DILANCARKAN HUJUNG TAHUN INI
AYER KEROH 17 April - Kerajaan Negeri akan melancarkan Tahun Melawat Melaka (TMM) 2.0 pada 31 Disember depan, kata Ketua...
MAIM SEDIA SUMBANGAN UNTUK MUALAF MELAKA TUNAI HAJI
KESIDANG 17 April - Mualaf di Negeri Melaka yang terpilih menunaikan ibadah haji pada tahun ini dipelawa memohon Sumbangan Menunaikan...
MELAKA NEGERI PERTAMA DIGITALKAN KAMPUNG, HAIWAN TERNAKAN
SERI NEGERI 17 April - Seiring dalam era kemodenan dan digitalisasi masa kini, Melaka juga telah menjadi pelopor dan perintis...