
Maqis tahan dua ekor kucing British Shorthair dari Ukraine
Pengarah Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) Selangor Dr Tarmisal Alimin berkata MAQIS mengesan kesalahan nombor mikrochip pada dua ekor kucing itu, ketika melakukan pemeriksaan di Kompleks Kargo KLIA.
“Nombor mikrochip yang terdapat pada badan kucing jenis British Shorthair itu, tidak sama dengan dokumen permit import yang diisytiharkan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata mengimport haiwan kesayangan dengan mengisytiharkan maklumat palsu, tidak tepat, atau mengelirukan, merupakan suatu kesalahan di bawah Seksyen 13, Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011, yang boleh didenda tidak melebihi tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
“Pihak MAQIS sentiasa teliti dalam melakukan pemeriksaan bagi setiap komoditi haiwan, tumbuhan serta karkas sama ada yang diimport atau dieksport bagi mengawal dan menjaga biosekuriti dan kawalan penyakit serta keselamatan makanan di dalam negara kita,” katanya.
— BERNAMA
Views:
Related


Berita Lain
BERGELUT BANTU POLIS TANGKAP PERAGUT, ENAM ‘RIDER’ TERIMA PENGHARGAAN
AYER KEROH 28 April - Enam penunggang p-hailing menerima surat penghargaan daripada Ketua Polis Melaka, atas jasa mereka membantu polis...
MARKAS ‘JOB SCAM’ DISERBU, LIMA LELAKI DITAHAN
AYER KEROH 28 April - Polis Melaka menyerbu sebuah unit kondominium di Ayer Keroh, di sini, kerana disyaki dijadikan markas...
LELAKI MAUT MOTOSIKAL REMPUH KERETA DI CHENG
PAYA RUMPUT 28 April - Penunggang motosikal meninggal dunia ketika sedang dirawat, hampir satu jam selepas terbabit kemalangan dengan sebuah...
WTD, WTC 2025: MELAKA PERKENAL PAKEJ KHAS PELANCONGAN
SERI NEGERI 28 April - Pakej khas pelancongan akan diperkenalkan Kerajaan Negeri pada sesi pra pelancaran Hari Pelancongan Sedunia (WTC)...
TAK SEMPAT TAMATKAN PERLUMBAAN DI LITAR, GURU DISAHKAN MAUT AKIBAT SERANGAN JANTUNG
DURIAN TUNGGAL 28 April - Seorang guru lelaki disahkan meninggal dunia ketika sedang menerima rawatan, kira-kira lima jam selepas mengalami...
MELAKA SASAR JADI PUSAT RUJUKAN TVET NEGARA – AB RAUF
SERI NEGERI 28 April - Melaka menyusun strategi bagi mencapai hasrat menjadikan negeri ini sebagai Pusat Pendidikan dan Latihan Teknikal...