
MAQIS rampas daging lembu wagyu dari Australia tiada permit import
SEPANG 30 Sept. – Sebanyak 256.7 kilogram daging lembu wagyu yang diimport dari Australia dirampas Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Selasa lepas, kerana tidak memiliki permit import yang sah.
Menurut kenyataan Maqis Selangor hari ini, daging lembu wagyu bernilai RM35,981 itu, dirampas ketika pemeriksaan rutin dilakukan di kawasan KLIA Kargo pada kira-kira jam 12 tengah hari.
Perbuatan mengimport dagangan hasilan haiwan tanpa permit import merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 11 (1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011, yang boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara maksimum enam tahun atau kedua-duanya sekali, katanya.
“Pihak Maqis sentiasa teliti dalam melakukan pemeriksaan bagi setiap komoditi haiwan, tumbuhan serta karkas sama ada yang diimport atau dieksport bagi mengawal dan menjaga biosekuriti, selain kawalan penyakit dan keselamatan makanan di dalam negara,” menurut kenyataan itu.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
SANTUNI, CERIAKAN RAKYAT SETIAP KALI MUSIM PERAYAAN
LENDU 14 Mac - Menyantuni rakyat dalam kalangan golongan kurang berkemampuan khususnya setiap kali tiba musim perayaan sentiasa menjadi keutamaan...
KOMPAUN RM250, JIKA TIADA SUNTIKAN TIFOID – MBMB
AYER KEROH 14 Mac - Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) teragak-agak untuk mengeluarkan kompauan kepada mana-mana peniaga Pasar Ramadan dikesan...
SINAR AIDILFITRI BUAT 264 WARGA PAYA RUMPUT, SUNGAI UDANG
SUNGAI UDANG 14 Mac - Seramai 264 warga Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput dan Sungai Udang menerima sumbangan Aidilfitri...
RM400,000 CERIAKAN AIDILFITRI GOLONGAN KURANG BERKEMAMPUAN
LENDU 14 Mac - Sejumlah RM400,000 diperuntukkan Kerajaan Negeri bertujuan menceriakan sambutan Aidilfitri seramai 2,000 orang penerima dalam kalangan golongan...
TAPAK PENJAJA PINGGIRAN SUNGAI MITC BAKAL BERWAJAH BAHARU
AYER KEROH 14 Mac - Tapak penjaja Pinggiran Sungai MITC bakal dinaik taraf bagi memberikan lebih keselesaan dan kemudahan penjaja...
POLIS PENGIRING CEDERA KEMALANGAN KETIKA BERTUGAS
ALOR GAJAH, 14 Mac - Seorang anggota polis trafik cedera selepas terbabit dalam kemalangan semasa mengiringi kenderaan Yang di-Pertua Negeri...