Sorting by

×

MAPEX BANTU RAKYAT MILIKI RUMAH IDAMAN

Masa Membaca:1 Minit, 44 Saat

BANDARAYA MELAKA 5 Oktober – Ekspo Perumahan Dan Hartanah Negeri Melaka (MAPEX) berperanan membantu rakyat dalam merealisasikan impian untuk memiliki rumah idaman apabila menawarkan pengecualian duti setem bernilai lebih RM11,000.

Pengerusi Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan (REHDA) Melaka, Datuk Ngoh Chun How berkata, ekspo itu bukan hanya berperanan untuk membantu pemaju perumahan mempromosikan rumah serta hartanah yang belum dijual tetapi membantu rakyat untuk mendapatkan kediaman.

“REHDA Melaka menghargai langkah-langkah yang diperkenalkan oleh kerajaan untuk meringankan beban pembeli selaras dengan dasar kerajaan ‘Rumahku Syurgaku’. Malah penjimatan yang dapat dinikmati pembeli rumah pertama adalah amat besar.

“Sebagai contoh, bagi rumah berharga RM500,000 dengan pengecualian duti setem perjanjian jual beli dan perjanjian pinjaman, pembeli akan menikmati penjimatan duti setem hampir RM11,500.

“Secara tidak langsung, insentif yang mesra pembeli rumah pertama memberikan dorongan positif kepada pasaran perumahan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Ekspo Perumahan Dan Hartanah Negeri Melaka (MAPEX) 2024 Edisi Kedua, yang disempurnakan Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri, Datuk Rais Yasin, di Mahkota Parade, di sini,  semalam.

Hadir sama, Pengarah Eksekutif Lembaga Perumahan Melaka (LPM) Datuk TPr. Murad Husin dan Pengerusi Penganjur MAPEX, Datuk Sonny Tay Chor Han.

Menurut Chun How, REHDA juga menyambut baik segala usaha dan cadangan kerajaan khususnya Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) yang memperkenalkan pelbagai inisiatif dalam membantu golongan muda memiliki kediaman sendiri.

“Selain itu REHDA Melaka juga menyambut baik usaha Kerajaan Negeri dalam meneruskan agenda pembangunan rumah mampu milik (RMM) bagi mengekalkan status negeri yang menyediakan harga rumah terendah serta mampu dimiliki untuk rakyat Melaka.

“Kami juga akan terus menyokong dan bekerjasama rapat dengan Kerajaan Negeri untuk merancakkan lagi sektor perumahan Melaka selain berharap agar lebih banyak dasar yang mesra kepada pemaju perumahan akan dikaji, ditambahbaik serta dirangka,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Penganjur MAPEX Datuk Sonny Tay Chor Han berkata, sepanjang empat hari ekspo yang berlangsung 3 hingga 6 Oktober itu, sebanyak 3,980 unit hartanah perumahan dan komersial dipromosikan daripada 20 pemaju perumahan membabitkan nilai jualan melebihi RM1.83 bilion.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

87
Kongsi :

MAPEX BANTU RAKYAT MILIKI RUMAH IDAMAN

Masa Membaca:1 Minit, 43 Saat

BANDARAYA MELAKA 5 Oktober – Ekspo Perumahan Dan Hartanah Negeri Melaka (MAPEX) berperanan membantu rakyat dalam merealisasikan impian untuk memiliki rumah idaman apabila menawarkan pengecualian duti setem bernilai lebih RM11,000.

Pengerusi Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan (REHDA) Melaka, Datuk Ngoh Chun How berkata, ekspo itu bukan hanya berperanan untuk membantu pemaju perumahan mempromosikan rumah serta hartanah yang belum dijual tetapi membantu rakyat untuk mendapatkan kediaman.

“REHDA Melaka menghargai langkah-langkah yang diperkenalkan oleh kerajaan untuk meringankan beban pembeli selaras dengan dasar kerajaan ‘Rumahku Syurgaku’. Malah penjimatan yang dapat dinikmati pembeli rumah pertama adalah amat besar.

“Sebagai contoh, bagi rumah berharga RM500,000 dengan pengecualian duti setem perjanjian jual beli dan perjanjian pinjaman, pembeli akan menikmati penjimatan duti setem hampir RM11,500.

“Secara tidak langsung, insentif yang mesra pembeli rumah pertama memberikan dorongan positif kepada pasaran perumahan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Ekspo Perumahan Dan Hartanah Negeri Melaka (MAPEX) 2024 Edisi Kedua, yang disempurnakan Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri, Datuk Rais Yasin, di Mahkota Parade, di sini, semalam.

Hadir sama, Pengarah Eksekutif Lembaga Perumahan Melaka (LPM) Datuk TPr. Murad Husin dan Pengerusi Penganjur MAPEX, Datuk Sonny Tay Chor Han.

Menurut Chun How, REHDA juga menyambut baik segala usaha dan cadangan kerajaan khususnya Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) yang memperkenalkan pelbagai inisiatif dalam membantu golongan muda memiliki kediaman sendiri.

“Selain itu REHDA Melaka juga menyambut baik usaha Kerajaan Negeri dalam meneruskan agenda pembangunan rumah mampu milik (RMM) bagi mengekalkan status negeri yang menyediakan harga rumah terendah serta mampu dimiliki untuk rakyat Melaka.

“Kami juga akan terus menyokong dan bekerjasama rapat dengan Kerajaan Negeri untuk merancakkan lagi sektor perumahan Melaka selain berharap agar lebih banyak dasar yang mesra kepada pemaju perumahan akan dikaji, ditambahbaik serta dirangka,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Penganjur MAPEX Datuk Sonny Tay Chor Han berkata, sepanjang empat hari berlangsungnya ekspo yang berakhir esok, sebanyak 3,980 unit hartanah perumahan dan komersial dipromosikan daripada 20 pemaju perumahan membabitkan nilai jualan melebihi RM1.83 bilion.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

Kongsi :
Previous post MHI ANTARA 66 PASUKAN SAHUT CABARAN MELAKA EXPLORACE 2024
Next post HARGA RUMAH DI MELAKA KEKAL MURAH