Mantan Speaker DUN Tokoh Maal Hijrah Melaka

Masa Membaca:1 Minit, 30 Saat

BUKIT PALAH 19 Julai – Mantan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka, Datuk Wira Othman Muhamad, diumumkan sebagai Tokoh Maal Hijrah 1445H/2023M peringkat negeri Melaka, hari ini.

Beliau yang menerima Anugerah Abu Bakar As-Siddiq menerima wang tunai RM10,000 serta sijil penghargaan.

Hadiah disampaikan Yang di-Pertua Negeri, Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam di Auditorium Masjid Al-Azim, sempena Majlis Perhimpunan Dan Penyampaian Anugerah Tokoh Maal Hijrah 1445H Peringkat Negeri Melaka 2023.

Othman, 71, sebelum ini juga adalah pengasas dan mantan pengarang Akhbar Suara Melaka, selain pernah berkhidmat sebagai pegawai khas Timbalan Perdana Menteri Tun Ghafar Baba.

IMG_9118
Penerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah (Anugerah Abu Bakar As-Siddiq), Datuk Wira Othman Muhamad, 71 ditemui sempena Sambutan Maal Hijrah 1445H Peringkat Negeri Melaka Tahun 2023 ‘Perpaduan Teras Malaysia Madani di Auditorium Masjid Al-Azim, Bukit Palah. Foto Iqmal Haqim Rosman

Bapa kepada lima anak itu berkata, beliau amat berbesar hati dan berterima kasih kepada Kerajaan Negeri kerana sudi menganugerahkan anugerah tertinggi itu kepadanya.

“Saya tidak sangka segala sumbangan dan tugas ketika berkhidmat termasuk kerja dakwah yang dijalankan sejak 1982 diberikan pengiktirafan seperti ini.

“Malah usaha saya meluaskan program Taqqrrub Ramadan juga banyak dibantu oleh Tun Mohd Ali yang ketika itu menjadi Ketua Menteri,” katanya.

Terdahulu, majlis itu turut dihadiri Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri Datuk Rahmad Mariman; Exco Kanan, Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri, Datuk Rais Yasin dan Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Rahmad Mariman. 

Hadir sama, Mufti Melaka Datuk Wira Abdul Halim Tawil; Timbalan Pengerusi Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) Datuk Wira Md Rawi Mahmud dan Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) Badaruddin Mohd Kassim.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2279
Kongsi :
Previous post Delegasi Karate Senior Asia Ke-19 makan malam bersama TYT
Next post Maal Hijrah: Jauhi hasad dengki, amalan fitnah – Agong
Ubah saiz-+=