
Mantan ADUN Serkam meninggal dunia
SERKAM 27 Feb. – Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Serkam, Datuk Nawawi Ahmad menghembuskan nafas terakhir di Hospital Melaka kira-kira 12.30 tengah hari tadi.
Beliau yang juga bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Jasin berusia 82 tahun disahkan meninggal dunia akibat sakit tua dan dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sebatu hari ini
Allahyarham pernah diberi mandat sebagai ADUN Serkam pada Pilihan Raya Umum (PRU) tahun 1981 mewakili Barisan Nasional (BN) pada era tampuk pimpinan Tan Sri Rahim Tamby Chik sebagai Ketua Menteri.
Lahir dalam keluarga yang mempunyai latar belakang agama, Allahyarham juga pernah menjadi pensyarah Sains Politik di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) selain diangkat sebagai Tokoh Maal Hijrah peringkat negeri Melaka pada 2010.
Nawawi Ahmad yang juga pendakwah bebas aktif serta seorang guru agama pernah dilantik sebagai Penasihat Halal syarikat makanan segera KFC.
Pernah menghasilkan beberapa karya di dalam buku antaranya bertajuk Ilmu Jiwa Dalam Al-Quran serta beberapa artikel majalah, Allahyarham meninggalkan balu, Datin Esah Mohamad, 50 dan enam anak.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
SAMB LAKSANA KERJA GANTIAN PAIP USANG DI SUNGAI UDANG
SERI NEGERI 29 April - Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) akan melaksanakan kerja-kerja menaik taraf sistem retikulasi di Sungai Udang...
4 STRATEGI PACU MELAKA JADI NEGERI CONTOH
SERI NEGERI 29 April - Kerajaan Negeri menggariskan empat strategi dalam memacu Melaka terus ke hadapan dan menjadi negeri contoh...
4,000 LAMPU SOLAR BAKAL TERANGI MELAKA
SERI NEGERI 29 April - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meluluskan peruntukan berjumlah RM4 juta bagi pemasangan 4,000 unit...
PEMERKASAAN EKONOMI, KESEJAHTERAAN RAKYAT TUMPUAN SIDANG DUN MELAKA
SERI NEGERI 29 April - Persidangan Pertama Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri Melaka Yang Kelima Belas yang berlangsung 25, 28...
SISTEM MAKLUMAT HOSPITAL MELAKA DINAIK TARAF
SERI NEGERI 29 April - Sistem Maklumat Hospital (HIS) yang terletak bersebelahan projek pembinaan Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Melaka di...
DUA JAJARAN JALAN RAYA BAHARU DIRANCANG MPAG DI DURIAN TUNGGAL
SERI NEGERI 29 April - Dua jajaran jalan baharu dicadangkan untuk dibina dalam kawasan Durian Tunggal menerusi Rancangan Tempatan Majlis...