Sorting by

×

Mantai Aidilfitri: Orang ramai serbu pasar

Masa Membaca:49 Saat

PENGKALAN BATU 20 April – “Tidak cukup tangan, sejak awal pagi tidak henti lagi potong ayam,” itu kata peniaga- peniaga ayam di Pasar Besar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) Bachang, di sini, hari ini.

Menurut mereka, seawal jam 7 pagi pengunjung sudah mula memasuki perkarangan pasar bagi membeli barangan keperluan untuk persiapan menyambut Syawal yang dijangka pada Sabtu.

Tinjauan Melaka Hari Ini, mendapati gerai jualan ayam dan daging terutamanya menjadi tumpuan ramai selain dipenuhi pembeli.

Selain itu, gerai jualan sayur juga turut menjadi ‘lokasi pilihan’ ramai apabila ada yang mencari daun kunyit dan kunyit sebagai bahan masakan rendang selain sayuran lain untuk dijadikan juadah.

Peniaga ayam hanya ingin dikenali sebagai Amin berkata, sudah menjadi kebiasaan di akhir Ramadan jumlah pelanggan yang membeli ayam di luar jangkaan.

“Pukul 7 pagi orang sudah datang, masing-masing ada yang membeli empat, lima ekor ayam berbanding hari biasa seekor dua sahaja.

“Walaupun permintaan tinggi, bekalan ayam setakat ini mencukupi,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

991
Kongsi :
Previous post Kepulangan dari ‘tirai besi’
Next post TIC Mobile ronda satu negara promosi pelancongan Melaka
Ubah saiz-+=