
Mangsa tikam Hospital Selayang diberi rawatan terbaik – Dr Zaliha
KUALA LUMPUR, 15 Feb – Kementerian Kesihatan akan memastikan lelaki yang cedera ditikam seorang pesakit mental di Hospital Selayang, di sini semalam diberikan rawatan terbaik.
Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa berkata beliau bersama Pengarah Kesihatan Selangor Datuk Dr Sha’ari Ngadiman dan Pengarah Hospital Selayang Dr Afidah Ali serta pasukan doktor yang merawat mangsa telah bertemu keluarga mangsa.
“Ini bagi menjelaskan keadaan yang berlaku termasuk usaha-usaha yang dilakukan dalam memastikan pesakit diberikan rawatan yang terbaik,” katanya dalam catatan di Twitter beliau, hari ini.
Selain itu, Dr Zaliha berkata status terkini pesakit juga akan dilaporkan dari semasa ke semasa kepada keluarga dan insiden sedang disiasat pihak berwajib.
Terdahulu, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam ciapan di Twitter berkata kejadian tikaman itu dilakukan oleh seorang pesakit mental yang dibawa ke hospital oleh polis.
Justeru, Dr Noor Hisham berkata kementerian akan mengkaji semula prosedur operasi standard bagi pesakit yang mengalami gangguan mental.
“Ia boleh berlaku di mana-mana sahaja. Kita perlu melindungi pesakit di Jabatan Kecemasan dan klinik kami,” katanya.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
LUAR BIASA MERIAH, LEBIH 50,000 BERAYA DENGAN KETUA MENTERI MELAKA
TANJUNG BIDARA 19 April - Meriah dan luar biasa! Itu gambaran suasana Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Ketua Menteri Melaka...
SITI NURHALIZA BAKAL ‘GEGAR’ RUMAH TERBUKA KETUA MENTERI MELAKA, MALAM INI
TANJUNG BIDARA 19 April - Penyanyi nombor satu negara, Dato' Sri Siti Nurhaliza menjadi antara tetamu jemputan yang bakal menyerikan...
KERAJAAN STABIL BAWA PULANGAN KEPADA RAKYAT
TANJUNG BIDARA 19 April - Kemeriahan suasana sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Ketua Menteri Melaka di Villa d'Acqua Kampung Pulau,...
TPM HADIR RUMAH TERBUKA AIDILFITRI KETUA MENTERI MELAKA
TANJUNG BIDARA 19 April - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahir Hamidi hadir ke Majlis Rumah Terbuka...
MAIM PERUNTUK LEBIH RM1 JUTA PERSEDIAAN RAMADAN, SYAWAL MUALAF MELAKA
KESIDANG 19 April - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) telah memperuntukkan bantuan sejumlah lebih RM1 juta bagi persediaan Ramadan dan...
MELAKA TERIMA TAMBAHAN VAKSIN INFLUENZA
MACHAP JAYA 19 April - Kerajaan Negeri meneruskan program pemberian vaksin influenza secara percuma kepada warga emas di negeri ini...