Sorting by

×

MANGSA BANJIR TIDAK PERLU BUAT GANTIAN DOKUMEN HILANG, ROSAK – JPJ

Masa Membaca:1 Minit, 20 Saat

LENDU 6 Disember – Mangsa banjir tidak perlu khuatir jika dokumen seperti Lesen Memandu Malaysia (LMM), Lesen Kenderaan Motor (LKM) dan Sijil Pemilikan Sementara (VOC) milik masing-masing mengalami kerosakan atau hilang akibat bencana alam itu.

Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Aedy Fadly Ramli berkata, mangsa banjir berkenaan juga tidak perlu ke kaunter JPJ bagi membuat gantian kerana maklumat berkaitan juga boleh didapati menerusi aplikasi MyJPJ.

Katanya, selain dokumen fizikal penguatkuasa seperti JPJ dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) boleh melakukan semakan menggunakan aplikasi MyJPJ.

“Tidak perlu risau, jika seseorang memiliki dokumen berkenaan, maklumat terbabit juga dimasukkan dalam aplikasi MyJPJ. Penguatkuasa bertanggungjawab menentukan kesahihan maklumat terkandung dalam aplikasi MyJPJ.

“Berikutan itu saya menggalakkan pemandu dan penunggang memuat turun MyJPJ kesemua yang diperlukan (LMM,LKM dan VOC) ada dalam aplikasi terbabit.

“JPJ amat prihatin terhadap situasi musibah yang menimpa penduduk di negeri-negeri terjejas bah baru-baru ini,” katanya pada sidang media selepas Majlis Perasmian Pembukaan Pejabat JPJ Cawangan Masjid Tanah yang disempurnakan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh di Bangunan Lembaga Tabung Haji di sini hari ini.

Hadir sama, Ketua Menteri Ke-12 merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lendu, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali; Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Wira Ibrahim Durum; Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Azhar Arshad serta Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan negeri, Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer.

Turut hadir Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti negeri, Datuk Kalsom Noordin; Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri, Datuk Ngwe Hee Sem serta Pengarah JPJ Melaka, Muhammad Firdaus Shariff.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

149
Kongsi :
Previous post RXZ MEMBERS SANTUNI PELAJAR MADRASAH TAHFIZ TELOK MAS
Next post PENJAWAT AWAM AGENSI AGAMA, SURI TELADAN KEPADA MASYARAKAT ISLAM
Ubah saiz-+=