MANGSA BANJIR TERIMA BANTUAN KECEMASAN

Masa Membaca:1 Minit, 18 Saat

MERLIMAU 15 Oktober – Kira-kira 150 keluarga yang terjejas akibat bencana banjir di daerah Jasin akan menerima bantuan kecemasan.

Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, bantuan kecemasan daripada Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) itu disalurkan melalui Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Jasin untuk diagihkan secara terus kepada mangsa.

“Kita difahamkan ada seramai 150 keluarga seluruh Jasin yang terjejas akibat banjir ini dan 35 daripadanya ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dang Anum.

“Kesemua mangsa ini diberi bantuan kecemasan daripada NADMA dan disalurkan melalui PDT Jasin. Bantuan kecemasan ini akan diberikan kepada semua mangsa yang dikenal pasti,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas melawat mangsa banjir di PPS Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dang Anum, di Merlimau, hari ini.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Azhar Arshad; Exco Kanan, Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri, Datuk Rais Yasin; Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti negeri Datuk Kalsom Noordin serta Ahli Dewan Undangan (Adun) Merlimau Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh.

Menurut beliau, dengan bantuan kecemasan yang disalurkan itu, ia diharap dapat meringankan beban mangsa banjir dalam berdepan kejadian yang terduga.

“Bantuan ini diberikan secara terus kepada mangsa banjir ia bagi meringankan beban mereka dalam keadaan yang tidak diduga ini.

“Malah hari ini juga kita datang untuk bersama-sama melihat keadaan di sini selain mengagihkan kit bantuan makanan serta bantuan lain yang diperlukan,” katanya.

Jelasnya, Merlimau merupakan kawasan yang terjejas teruk dan bencana banjir besar ini yang kedua berlaku selepas tahun 2020.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

108
Kongsi :
Previous post BADEN-WÜRTTEMBERG PERKUKUH HUBUNGAN EKONOMI DENGAN MELAKA
Next post BAWA PELANCONG JERMAN KE MELAKA
Ubah saiz-+=