
Mangsa banjir Melaka menurun
AYER KEROH 28 Oktober – Mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di negeri ini menurun pada petang ini.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, Leftenan Kolonel Kamarulsyah Muslim berkata, setakat ini, hanya 170 mangsa daripada 50 keluarga berada di PPS berbanding 250 yang direkodkan pagi tadi.
Katanya, satu PPS iaitu di Balai Raya Kampung Tanjong Rimau Luar turut ditutup selepas situasi banjir di kawasan itu kembali pulih.
“Setakat ini, 43 mangsa ditempatkan di di PPS Balai Raya Gadek, 50 di SMK Seri Pengkalan dan 77 di SK Krubong,” katanya.
Beliau memaklumkan setakat ini terdapat enam kawasan terjejas banjir iaitu Kampung Gadek, Pengkalan, Kampung Panchor, Kampung Beringin dan Kampung Pulau di daerah Alor Gajah, manakala daerah Melaka Tengah membabitkan Kampung Lanjut Manis.
“Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Melaka akan terus melakukan pemantauan berterusan di kawasan terjejas, selain memantau paras air di sungai berhampiran,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
PENAHANAN PEMIMPIN KANAN PARTI POLITIK TIADA KAITAN DENGAN AB RAUF
AYER KEROH 16 April - Tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang ahli perniagaan bergelar Datuk Seri yang juga...
BEKAS ANGGOTA IMIGRESEN DITAHAN BANTU SIASATAN KES RASUAH LEBIH RM10 JUTA
KUANTAN 16 April - Seorang lagi bekas anggota Jabatan Imigresen ditahan semalam kerana disyaki bersekongkol dengan sindiket membawa masuk warga...
POLIS TERIMA 13 LAPORAN BERKAITAN ILUSTRASI JALUR GEMILANG TIDAK LENGKAP
KUALA LUMPUR 16 April - Polis menerima 13 laporan berhubung sebuah akhbar tempatan berbahasa Cina yang menyiarkan ilustrasi Jalur Gemilang...
WAJAH BAHARU IKAN BAKAR PUNGGOR @ ALAI
TELOK MAS 16 April - Kompleks Ikan Bakar Muara Punggor Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Mas yang diberikan wajah baharu...
MHISB RAI KAKITANGAN DAN AHLI LEMBAGA PENGARAH PADA JAMUAN AIDILFITRI
AYER KEROH 16 April - Melaka Hari Ini Sdn Bhd (MHISB) meraikan kakitangan dan Ahli Lembaga Pengarahnya pada Majlis Sambutan...
MBMB TAWAR 4 INSENTIF SEMPENA ULANG TAHUN KE-22
KLEBANG 16 April - Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) menawarkan empat insentif khas kepada pelanggan bersempena Hari Pengisytiharan Melaka Sebagai...