
MANGSA BANJIR MELAKA MENINGKAT KEPADA 264 ORANG
AYER KEROH 23 November – Mangsa banjir di daerah Melaka Tengah yang dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) meningkat kepada 264 orang setakat jam 8 pagi ini.
Sekretariat Jawatankuasa Bencana Negeri Melaka dalam satu kenyataan memaklumkan, kesemua mereka ditempatkan di tiga buah PPS yang dibuka secara berperingkat sejak malam tadi.
Tiga PPS itu adalah Sekolah Kebangsaan (SK) Tanjung Minyak 2, Dewan Japerun Pantai Kundor dan SK Taman Bukit Rambai.
Menurut Sekretariat itu, PPS SK Tanjung Minyak 2 merekodkan bilangan mangsa banjir tertinggi iaitu seramai 179 orang membabitkan 47 buah keluarga.
“Ia diikuti 53 mangsa di PPS SK Taman Bukit Rambai dan 32 mangsa di Dewan Japerun Pantai Kundor.
“Setakat ini, terdapat empat kawasan masih terjejas banjir iaitu Taman Rambai Jaya, Taman Rambai Utama, Kampung Bukit Datuk A dan Kampung Pantai Kundur,” kata kenyataan itu.
Sebelum ini, Melaka Hari Ini melaporkan hujan lebat berterusan sejak petang semalam menyebabkan beberapa kawasan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput, Pantai Kundor dan Klebang dinaiki air.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MOU ANTARA AKCC, SK TUNSAS DAN UUMISM, PERKASA SUKAN GOLF MELAKA
AYER KEROH 19 April - Sebagai usaha untuk melahirkan lebih ramai pemain golf berkualiti dari Negeri Melaka, Ayer Keroh Country...
TAMBAH BOT PERANTARA, LANCARKAN KEMASUKAN PELANCONG MELALUI KOMPLEKS ICQS
AYER LIMAU 19 April - Jumlah ‘middle boat’ atau bot perantara bagi membawa penumpang kapal persiaran berlabuh di perairan Selat...
PERZIM LESTARIKAN BUSANA TRADISIONAL KLASIK
BANDAR HILIR 19 April - Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) memperkenalkan busana tradisional terbaharu sebagai inisiatif memartabatkan semula seni, budaya dan...
‘POGHUT’ AYER LIMAU BERAYA SAKAN
AYER LIMAU 19 April - Penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Limau berlangsung dengan penuh kemeriahan apabila...
MERIAHNYA RAYA DI MACHAP JAYA
MACHAP JAYA 19 April - Kira-kira 2,500 tetamu hadir memeriahkan sambutan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap...
100 TAHUN, PANDU PUTERI MELAKA TERUS MARTABAT ANAK GADIS, WANITA
BANDA HILIR 18 April - Menginjak usia 100 tahun penubuhannya, Persatuan Pandu Puteri Melaka terus mengorak langkah dalam memartabatkan anak...