
Mangsa banjir di Sungai Rambai berkurangan petang ini
SUNGAI RAMBAI 12 Mac – Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) SK Parit Penghulu, di sini, menunjukkan penurunan petang ini menurut data dikeluarkan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Melaka.
Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Melaka Leftenan Kolonel (PA) Cuthbert John Martin Quadra memaklumkan setakat jam 4 petang hanya 14 mangsa dari tiga keluarga sahaja ditempatkan di PPS berkenaan.
“Jumlah mangsa menunjukkan penurunan berbanding 33 mangsa pada pagi dan 28 mangsa pada tengah hari tadi.
“Bagaimanapun, jumlah kawasan yang terjejas masih kekal tiga iaitu Kampung Parit Penghulu, Kampung Lanchang dan Kampung Tersusun Rambai Jaya,” katanya dalam satu kenyataan.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
TUDUHAN DEMI TUDUHAN, JEMU DENGAN FITNAH POLITIK BERULANG – AB RAUF
SERI NEGERI 29 April - Audio mirip suara Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh yang tular disifatkan...
DUA SYARAT UNTUK PENTERNAK BABI PAYA MENGKUANG
SERI NEGERI 29 April - Penternak babi di Paya Mengkuang, Kuala Sungai Baru perlu mematuhi dua syarat ketat yang ditetapkan...
RM2.5 JUTA DIPERUNTUKKAN UNTUK DANA KASIH NIAGA
SERI NEGERI 29 April - Sejumlah RM2.5 juta diperuntukkan Kerajaan Negeri di bawah Dana Kasih Niaga sejak 2021 sehingga 2023...
SAMB LAKSANA KERJA GANTIAN PAIP USANG DI SUNGAI UDANG
SERI NEGERI 29 April - Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) akan melaksanakan kerja-kerja menaik taraf sistem retikulasi di Sungai Udang...
4 STRATEGI PACU MELAKA JADI NEGERI CONTOH
SERI NEGERI 29 April - Kerajaan Negeri menggariskan empat strategi dalam memacu Melaka terus ke hadapan dan menjadi negeri contoh...
4,000 LAMPU SOLAR BAKAL TERANGI MELAKA
SERI NEGERI 29 April - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meluluskan peruntukan berjumlah RM4 juta bagi pemasangan 4,000 unit...