
Mangsa banjir di PPS Melaka menurun
AYER KEROH 19 September – Mangsa banjir di daerah Alor Gajah, dilaporkan menurun kepada 21 orang setakat jam 12 tengah hari, tadi.
Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Melaka berkata, tujuh keluarga masih berada di pusat pemindahan sementara (PPS) selepas diarahkan berpindah susulan kediaman mereka terjejas banjir kilat, semalam.
“Kesemua 21 mangsa kini masih lagi berada di PPS iaitu dengan lapan orang di PPS Balai Raya Bukit Tambun dan 13 lagi di PPS Balai Raya Bukit Balai selain lima mangsa sudah dibenarkan pulang selepas banjir di kawasan kediaman kembali surut.
“Mereka yang berada di PPS ini membabitkan penduduk dari kawasan Kampung Bukit Balai, Kampung Bukit Tambun dan Kampung Pulau yang terjejas ekoran hujan lebat awal pagi semalam,” katanya.
Katanya, susulan cuaca hujan lebat, sebanyak 28 kawasan di tiga daerah negeri ini terjejas dan Melaka Tengah, merekodkan kawasan terbanyak dengan 17 lokasi namun tiada PPS dibuka di daerah itu.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
LELAKI MAUT, VAN TERBABAS REMPUH BESI PENGHADANG
ALOR GAJAH 12 Mac - Seorang lelaki maut manakala seorang lagi cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah van di Kilometer 209.1...
AIDILFITRI: RAKYAT MELAKA DIGALAK DAFTAR APLIKASI ‘VSP’
AYER KEROH 12 Mac - Orang ramai khususnya penduduk di negeri ini disaran menggunakan aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP) bagi...
MPJ KONGSI REZEKI RAMADAN
JASIN 12 Mac - Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) menyemarakkan bulan mulia ini dengan Program Kongsi Rezeki Ramadan 2025 berkonsepkan sumbangan...
MAIM ANJUR QIYAMUNNAHAR RAMADAN BERSAMA MUALAF
AYER KEROH 12 Mac - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) menerusi Bahagian Balai Islam akan menganjurkan dua siri Program Qiyamunnahar...
KAUNTER ZAKAT FITRAH DALAM KOLEJ
JASIN 12 Mac - Kolej Komuniti Jasin (KKJS) mengambil langkah proaktif dengan menyediakan kaunter pungutan zakat fitrah di kolej berkenaan....
BOMBA MELAKA SASAR ‘RESPONSE TIME’ BAWAH 9 MINIT
JASIN 12 Mac - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Melaka komited meningkatkan mereka perkhidmatan terutamanya dalam memendekkan tempoh...