![Fb Img 1651658495685](https://www.melakahariini.my/wp-content/uploads/2022/05/FB_IMG_1651658495685.jpg?v=1651658630)
Mangsa banjir di Pontian kekal 168 orang
JOHOR BAHRU, 5 Mei – Jumlah mangsa banjir di daerah Pontian kekal 168 individu daripada 31 keluarga setakat 4 petang ini.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Pontian menerusi kenyataan memaklumkan kesemua mereka ditempatkan di tiga PPS iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Bunian, SK Seri Bukit Panjang dan SK Melayu Raya.
“Banjir melibatkan tiga kawasan iaitu Kampung Seri Segambut, Kampung Jasa Sepakat dan Kampung Bukit Panjang,” katanya.
Beliau berkata cuaca di kawasan berkenaan pada ketika ini adalah baik dan cerah.
Sekretariat JPBD Mersing dalam kenyataan sama turut memaklumkan PPS di Kompleks Penghulu Mukim Jemaluang yang menempatkan mangsa terlibat dalam kebakaran dua rumah di Kampung Gajah Mati, masih kekal 31 individu daripada dua keluarga. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.