
Mangsa banjir di Melaka kembali menurun
AYER KEROH 18 April – Jumlah mangsa banjir di negeri ini menunjukkan penurunan apabila hanya 16 mangsa masih ditempatkan di satu Pusat Pemindahan Sementara (PPS), setakat 12 tengah hari tadi.
Jumlah itu membabitkan sebanyak dua buah keluarga yang mana kesemua mereka masih ditempatkan di PPS Balairaya Bukit Balai.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Melaka Leftenan Kolonel (PA) Kamarulsyah Muslim berkata, berbanding semalam, seramai 55 mangsa dari 13 keluarga ditempatkan di PPS berkenaan yang dibuka pada jam 9 malam kelmarin.
“Setakat ini, jumlah kawasan terjejas turut merekodkan penurunan iaitu hanya membabitkan empat kawasan dalam daerah Alor Gajah.
“Ia melibatkan Kampung Bukit Tambun, Kampung Bukit Balai, Kampung Pulau dan Kampung Belimbing Dalam,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
BANTUAN MAIM ‘PENGUAT’ KUDRAT IBU OKU
PAYA RUMPUT 13 Mac - Berbekalkan sebahagian duit sumbangan persediaan Ramadan daripada Majlis Agama Islam Melaka (MAIM), Hazlina Jaafar, 50,...
PELAJAR SEKOLAH MAUT DALAM NAHAS DUA MOTOSIKAL
KUALA LINGGI 13 Mac - Seorang pelajar Tingkatan 4 maut selepas motosikal ditunggang bertembung dengan sebuah lagi motosikal di Jalan...
DERMA DARAH IMARAH RAMADAN
PENGKALAN BATU 13 Mac - Persatuan Usahawan Automotif Negeri Melaka (PUAM) menyahut seruan kempen derma darah di bulan Ramadan ini...
MELAKA LULUS LEBIH 200 LESEN JUAL BUNGA API, MERCUN
AYER KEROH 13 Mac - Lebih 200 permit atau lesen menjual bunga api termasuk mercun dikeluarkan Polis Melaka kepada peniaga...
LELAKI MAUT, VAN TERBABAS REMPUH BESI PENGHADANG
ALOR GAJAH 12 Mac - Seorang lelaki maut manakala seorang lagi cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah van di Kilometer 209.1...
AIDILFITRI: RAKYAT MELAKA DIGALAK DAFTAR APLIKASI ‘VSP’
AYER KEROH 12 Mac - Orang ramai khususnya penduduk di negeri ini disaran menggunakan aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP) bagi...