
Mangsa banjir di Johor meningkat 798 orang
JOHOR BAHRU 24 Jun — Jumlah mangsa banjir di empat daerah di Johor meningkat kepada 798 orang daripada 206 keluarga setakat 8 pagi ini berbanding 687 orang di pusat pemindahan sementara (PPS) malam tadi.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, R. Vidyananthan berkata, kesemua mereka ditempatkan di 16 PPS di Kulai, Pontian, Batu Pahat dan Muar.
“Seramai 292 orang daripada 82 keluarga masih berada di lima PPS di Muar iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Parit Nawi, SK Orang Kaya Ali, SK Batu 18, SK Parit Bulat dan SK Seri Menanti.
“Di Batu Pahat pula, 205 orang daripada 44 keluarga ditempatkan di tiga PPS iaitu SK Peserai, Sekolah Agama 3 Serangkai dan SK 3 Serangkai,” katanya dalam kenyataan, pagi ini.
Vidyananthan berkata di Pontian, 282 orang daripada 75 keluarga berada di tujuh PPS iaitu SK Seri Bukit Panjang, SK Seri Bunian, SK Kampung Melayu Raya, SK Agama Kayu Ara, SK Belokok serta SK Penerok dan SK Sanglang.
Di Kulai pula, seramai 19 mangsa daripada lima keluarga ditempatkan di Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Batu.
— BERNAMA
Views:
Related
Berita Lain
TENDER KONTRAK SEWAAN BLACK HAWK SEDANG DINILAI
DURIAN TUNGGAL 16 Mac - Kementerian Pertahanan (MINDEF) kini dalam peringkat penilaian sebelum memutuskan untuk membuka semula tender kontrak sewaan...
SUAMI ISTERI MAUT DALAM KEMALANGAN DI BATU PAHAT
BATU PAHAT 16 Mac - Pasangan suami isteri maut dalam kemalangan membabitkan dua buah kenderaan di Kilometer 128.3 Lebuhraya Utara...
PENJENAYAH DITEMBAK MATI DI BESUT DIPERCAYAI TERLIBAT PENGEDARAN DADAH
KUALA TERENGGANU 16 Mac - Polis percaya suspek yang ditembak mati dalam kejadian berbalas tembakan di Besut awal pagi tadi...
MCMC FOKUS PERANGI ISU PENYALAHGUNAAN MEDIA SOSIAL
MACHAP JAYA 15 Mac - Isu penyalahgunaan media sosial seperti membuat hantaran jelik berkaitan isu 3R (Race, Religion dan Royalty)...
1,750KG BERAS TIADA LABEL GRED DAN HARGA DIRAMPAS DI SKUDAI
JOHOR BAHRU 13 Mac - Polis bersama pihak Kawal Selia Padi dan Beras Negeri Johor merampas 1,750 kilogram beras dalam...
KPDN SERBU DUA PREMIS PENYEMBELIHAN AYAM BEROPERASI SECARA HARAM, KOTOR
CHERAS 13 Mac - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) bersama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), menyerbu...