
Mangsa banjir di Alor Gajah kini 179 orang
ALOR GAJAH 27 Oktober – Mangsa banjir di daerah Alor Gajah terus meningkat apabila seramai 179 direkodkan sehingga jam 8 malam ini.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, Kamarulsyah Muslim berkata, peningkatan itu menyebabkan sebanyak tiga pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka setakat ini.
Beliau berkata, PPS yang dibuka adalah PPS Balai Raya Tanjong Rimau Luar, PPS Balai Raya Gadek dan PPS Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Pengkalan.
“Kesemua mangsa itu terdiri daripada 53 keluarga dari enam kawasan yang terjejas sekitar Alor Gajah.
“Pada waktu ini, seramai 36 mangsa berada di PPS Balai Raya Tanjong Rimau Luar, 42 orang pula di PPS Balai Raya Gadek dan 101 orang di SMK Seri Pengkalan,” katanya.
Menurutnya, hujan lebat berterusan kira-kira jam 3.30 pagi tadi menyebabkan berlakunya limpahan air dari Sungai Tampin.
“Antara awasan yang terjejas ialah Kampung Tanjong Rimau, Kampung Gadek, Kampung Nelayan Kuala Linggi, Kampung Sungai Siput dan Pengkalan serta Taman Seri Bayu II.
“Pemantauan berterusan kini dilakukan APM bagi memantau kawasan terjejas serta paras air di sungai berhampiran,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
SITI NURHALIZA BAKAL ‘GEGAR’ RUMAH TERBUKA KETUA MENTERI MELAKA, MALAM INI
TANJUNG BIDARA 19 April - Penyanyi nombor satu negara, Dato' Sri Siti Nurhaliza menjadi antara tetamu jemputan yang bakal menyerikan...
KERAJAAN STABIL BAWA PULANGAN KEPADA RAKYAT
TANJUNG BIDARA 19 April - Kemeriahan suasana sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Ketua Menteri Melaka di Villa d'Acqua Kampung Pulau,...
TPM HADIR RUMAH TERBUKA AIDILFITRI KETUA MENTERI MELAKA
TANJUNG BIDARA 19 April - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahir Hamidi hadir ke Majlis Rumah Terbuka...
MAIM PERUNTUK LEBIH RM1 JUTA PERSEDIAAN RAMADAN, SYAWAL MUALAF MELAKA
KESIDANG 19 April - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) telah memperuntukkan bantuan sejumlah lebih RM1 juta bagi persediaan Ramadan dan...
MELAKA TERIMA TAMBAHAN VAKSIN INFLUENZA
MACHAP JAYA 19 April - Kerajaan Negeri meneruskan program pemberian vaksin influenza secara percuma kepada warga emas di negeri ini...
MOU ANTARA AKCC, SK TUNSAS DAN UUMISM, PERKASA SUKAN GOLF MELAKA
AYER KEROH 19 April - Sebagai usaha untuk melahirkan lebih ramai pemain golf berkualiti dari Negeri Melaka, Ayer Keroh Country...