
Manfaatkan teknologi air Australia
AYER KEROH 27 Julai – Sekumpulan penyelidik dari Melaka akan dihantar ke Australia bagi mempelajari teknologi mengawal air dalam suasana banjir dan kemarau diamalkan di negara Oceania itu.
Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, perkara itu adalah langkah susulan misi lawatan kerja beliau dan delegasi Kerajaan Negeri Melaka ke Australia minggu lalu.
Katanya, isu air di Australia adalah sama seperti Malaysia dan negara itu menjalankan penyelidikan bagi mencari jalan untuk mengatasinya.
“Hasil penyelidikan dijalankan negara itu kini mempunyai keupayaan untuk mengawal air dalam dua situasi, banjir atau kemarau.
“Kita akan menghantar beberapa pegawai untuk mempelajari teknologi tersebut. Banyak perkara yang boleh kita pelajari terutama kaedah memproses air selepas banjir, teknologi itu boleh diaplikasikan di Negeri Melaka,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Apresiasi Pelajar Cemerlang Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dan Huffaz 2022 di sebuah resort, di sini, hari ini.
Hadir sama, Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Rahmad Mariman dan Pengurus Besar Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka (TAPEM), Datuk Mustafa Musa.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
JOM MERIAHKAN RUMAH TERBUKA AIDILFITRI TELOK MAS, SABTU INI
TELOK MAS 10 April - Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Telok Mas Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman menjemput seluruh...
KPDN MELAKA KESAN 7 KESALAHAN TIDAK PAMER TANDA HARGA ‘PINK’
PENGKALAN BATU 10 April - Sebanyak tujuh kes membabitkan kesalahan tidak menggunakan penanda harga merah jambu dikesan sepanjang Skim Harga...
11 AGENSI AGAMA MELAKA BERGABUNG JAYAKAN SAMBUTAN HARI RAYA 24 APRIL INI
AYER KEROH 9 April - Kira-kira 3,000 pengunjung dijangka memeriahkan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Agensi Agama Islam Negeri Melaka...
MELAKA-GUANGXI JALIN KERJASAMA PELANCONGAN, PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN INDUSTRI
BANDARAYA MELAKA 9 April - Kerjasama dalam pelancongan, pendidikan dan pembangunan industri akan diberi tumpuan dalam memperkukuh kerjasama di antara...
MELAKA BERHASRAT JADI TAPAK PELANCARAN INISIATIF AI GUANGXI-MALAYSIA
BANDARAYA MELAKA 9 April - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berhasrat menjadikan negeri ini sebagai lokasi pelancaran...
PELANCONG CHINA KE MELAKA MENINGKAT TIGA KALI GANDA
BANDARAYA MELAKA 9 April - Melaka mencatatkan peningkatan luar biasa kedatangan pelancong antarabangsa dari China sempena Tahun Melawat Melaka 2024...