
Manfaatkan SisPAA – Dr Muhamad Akmal
AYER KEROH 31 Ogos – Orang ramai digalakkan untuk membuat aduan menerusi Sistem Pengurusan Aduan Agensi Awam (SisPAA) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam membantu meningkatkan mutu perkhidmatan hospital dan klinik kerajaan negeri ini.
Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri Dr Muhamad Akmal Saleh berkata, SisPAA amat efektif kerana dikemaskini setiap 24 jam.
“Saya mengajak semua warga Malaysia terutama orang Melaka, jika ada aduan bukan sahaja kesihatan tetapi segala sektor salurkan terus menerusi SisPAA.
“Setakat aduan diterima diproses namun ada yang mengambil masa untuk diselesaikan. Aduan kerap diterima setakat ini adalah kekurangan kelengkapan perkhidmatan hospital dan fasiliti kesihatan,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengiringi Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali melawat bayi merdeka di Hospital Melaka, di sini, hari ini.
Dr Muhamad Akmal berkata, aduan diterima tidak semestinya diselesaikan dalam tempoh 24 jam, namun sekurang-kurangnya ia sampai kepada Kerajaan Negeri dan Exco berkaitan.
“Kami tidak mampu untuk jaga semua tapi dengan adanya sistem aduan ini, ia akan menyedarkan dan membantu kami menyediakan dalam perkhidmatan lebih baik kepada rakyat,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
SEMBILAN VESEL DIKESAN LANGGAR UNDANG-UNDANG PERIKANAN DI MELAKA
SERKAM 22 April - Jabatan Perikanan Negeri Melaka merekodkan sembilan tangkapan vesel melibatkan 36 individu atas pelbagai kesalahan mengikut Akta...
JURUTERA RUGI LEBIH RM1.1 JUTA ANGKARA PELABURAN TIDAK WUJUD
KUANTAN 22 April - Seorang jurutera lelaki kerugian lebih RM1.1 juta selepas terperdaya pelaburan tidak wujud menerusi laman web, hujung...
SEMBILAN REMAJA LELAKI ANTARA 23 DITAHAN DALAM OPS MOTOSIKAL DI JOHOR
JOHOR BAHRU 22 April - Polis Johor menahan 23 lelaki warga tempatan termasuk sembilan remaja dalam OPS Motosikal, yang dijalankan...
PERKENAL MENARA TAMING SARI KEPADA DUNIA
BANDA HILIR 22 April - Pemilihan Melaka sebagai tuan rumah penganjuran Hari Pelancongan Sedunia 2025 (WTD 2025) dan Forum Pelancongan...
POLIS BURU LELAKI KES SAMUN RANTAI EMAS BERSENJATA PARANG
SHAH ALAM 22 April - Polis sedang menjejaki sekumpulan lelaki yang disyaki melakukan jenayah samun menggunakan parang di sebuah kedai...
‘PETTING ZOO’ KEMUDAHAN SUKAN LASAK BAKAL JADI TARIKAN BAHARU TETC
RIM 22 April - Kemudahan di Taman Extreme Tasik Chinchin (TETC) akan terus dinaik taraf bagi memastikan lokasi itu terus...