Sorting by

×

Mandat rakyat penawar ampuh kestabilan negara – PM

Masa Membaca:1 Minit, 21 Saat

AYER KEROH 14 Oktober – Pembubaran Parlimen ke-14 pada 10 Oktober lalu adalah bertujuan memulangkan semula mandat kepada rakyat, kata Perdana Menteri Datuk Seri Utama Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata, keputusan itu penting memandangkan suara dan mandat rakyat dapat mewujudkan Kerajaan yang teguh, stabil dan dihormati.

“Dengan pengumuman itu (pembubaran Parlimen), mandat akan dipulangkan kembali kepada rakyat kerana mandat rakyat adalah adalah penawar ampuh bagi menzahirkan kestabilan politik dan mewujudkan Kerajaan yang teguh, stabil serta dihormati selepas PRU15.

“Kita memerlukan Kerajaan yang harmoni dan bersatu hati bagi menghadapi cabaran ini.

“Saya yakin Keluarga Malaysia Melaka akan menggunakan hak untuk memilih Kerajaan yang mampu mengekalkan kestabilan politik, memulih dan mengukuh ekonomi serta mengekalkan keharmonian dan perpaduan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (JAKM) Negeri Melaka di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), di sini, hari ini.

Hadir sama, Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali serta kepimpinan tertinggi Kerajaan Persekutuan dan Negeri.

Dalam pada itu, mengulas mengenai dakwaan pembangkang yang sering mendakwa Malaysia bukan lagi destinasi pelaburan asing, Ismail Sabri berkata dakwaan itu sama sekali tidak berasas.

Kata beliau, pada separuh pertama tahun ini sahaja, pelaburan langsung asing (FDI) telah mencatat aliran langsung bersih lebih tinggi bernilai RM47.4 bilion.

Malah, ujarnya, Kerajaan juga sentiasa memantau kesan inflasi kepada harga barangan asas hingga berjaya mengawalnya ke tahap lebih rendah berbanding negara serantau.

“Saya berkeyakinan ekonomi negara tahun ini mampu mencapai sasaran Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) antara 6.5 peratus hingga 7 peratus dengan mengambil kira pencapaian separuh pertama tahun 2022 sebanyak 8.9 peratus,” katanya lagi.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

973
Kongsi :
Previous post PM tidak lupakan Melaka
Next post PM rasmi JAKM Melaka bertemakan ‘K.A.S.I.H Keluarga Malaysia: Sejahtera Bersama’
Ubah saiz-+=