MAMI PENANG BAWA ROMBONGAN NAIK ‘RIVER CRUISE’
BANDA HILIR 7 Disember – Penangan Melaka Bila Larut Malam Edisi Disember 2024 berjaya menarik perhatian warga emas dari Pulau Pinang menaiki Melaka River Cruise (MRC).
Faridah Hamid, 66, ketika ditemui berkata dia bersama rakan-rakan sangat teruja apabila mengetahui harga yang dikenakan untuk menaiki bot MRC hanya RM10.
Selesa dipanggil Mami, Faridah berkata, pada kunjungan kali ini dia membawa rombongan seramai 40 orang dari Pulau Pinang.
“Memang teruja sangat sebab ini adalah kali pertama mahu menaiki bot menelusuri Sungai Melaka sambil menyaksikan pemandangan di waktu malam.
“Kami sanggup tunggu sampai jam 11 malam semata-mata mahu naik bot beramai-ramai, alhamdulillah Melaka Negeri paling seronok dan terbaik,” katanya kepada Melaka Hari Ini.
Sementara itu Nurul Nadia Othman Ali, 31, dari Ipoh Perak mengambil peluang menaiki MRC bersama 17 ahli keluarganya.
“Seronok juga naik bot waktu malam, kami sambut hari keluarga di sini, jadi saya pelawat semua untuk naik bot. Pertama kali naik bot, jadi perasan teruja itu tidak dapat digambarkan,” katanya.
Manakala pelajar sebuah institut pengajian tinggi Swasta (IPTS), Rabiatul Adawiyah Azhad, 20, berkata harga tiket RM10 ditawarkan sangat murah dan berbaloi baginya.
“Saya dan rakan-rakan datang ke MRC hanya semata-mata mahu naik bot pada waktu MALAM. Kami dapat tahu harga tiket murah ini menerusi Facebook, jadi kami tidak melepaskan PELUANG, sanggup tunggu hingga jam 11 malam ini,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.