
Mamee sumbang barangan kepada barisan hadapan
PERINGGIT 24 Jun – Syarikat pengeluar makanan segera, Mamee Double Decker (M) Sdn. Bhd. menyalurkan sumbangan bernilai RM250,000 kepada kakitangan perubatan dalam usaha membantu petugas barisan hadapan menangani wabak Covid-19.
Sumbangan berupa barangan perubatan dan makanan bernilai RM250,000 itu diserahkan Pengarah Urusan Mamee Double Decker (M) Sdn. Bhd, Datuk Garry Choo Kok Sen kepada Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Anti Dadah Negeri, Rahmat Mariman di Hospital Melaka baru-baru ini.
Bercakap kepada media, Kok Sen berharap sumbangan itu akan dapat meringankan beban dan membantu petugas kesihatan yang bertungkus lumus memberi perkhidmatan terbaik kepada pesakit Covid-19 di negeri ini.
“Kita harus menentang wabak ini bersama-sama pada masa yang sukar ini dan kita juga perlu berterima kasih kepada kakitangan barisan hadapan atas usaha mereka selama ini.
“Sumbangan yang diberikan ini juga merupakan salah satu khidmat sosial syarikat (CSR) yang ingin bersama-sama terlibat dalam membantu ‘frontliner’ merawat pesakit Covid-19,” katanya.
Hadir sama, pihak pengurusan atasan Jabatan Kesihatan Negeri dan Hospital Melaka.
Views:
Related
Berita Lain
TENDER KONTRAK SEWAAN BLACK HAWK SEDANG DINILAI
DURIAN TUNGGAL 16 Mac - Kementerian Pertahanan (MINDEF) kini dalam peringkat penilaian sebelum memutuskan untuk membuka semula tender kontrak sewaan...
LELAKI HILANG TIGA HARI DITEMUKAN MAUT DALAM LONGKANG
IPOH 16 Mac - Seorang lelaki berumur 42 tahun yang dilaporkan hilang sejak tiga hari lepas ditemukan maut di dalam...
SUAMI ISTERI MAUT DALAM KEMALANGAN DI BATU PAHAT
BATU PAHAT 16 Mac - Pasangan suami isteri maut dalam kemalangan membabitkan dua buah kenderaan di Kilometer 128.3 Lebuhraya Utara...
PENJENAYAH DITEMBAK MATI DI BESUT DIPERCAYAI TERLIBAT PENGEDARAN DADAH
KUALA TERENGGANU 16 Mac - Polis percaya suspek yang ditembak mati dalam kejadian berbalas tembakan di Besut awal pagi tadi...
BENTUK MAHASISWA HARUMKAN NAMA MASJID TANAH
LENDU 16 Mac - Lebih 200 penuntut universiti diraikan pada program Meet & Iftar Mahasiswa Masjid Tanah berlangsung di sebuah...
AHLI KRT BERGOTONG-ROYONG SIAPKAN BUBUR LAMBUK
DUYONG 16 Mac - Ahli Kawasan Rukun Tetangga (KRT) dari 10 KRT bergotong-royong menyiapkan 15 kawah bubur lambuk bersempena Program...