
Malindo Air: Penerbangan Melaka-Pulau Pinang mula 1 Oktober ini
AYER KEROH 5 Sept.- Malindo Air akan memulakan penerbangan Melaka-Pulau Pinang-Melaka bermula 1 Oktober ini hasil kemaskini jadual penerbangan laman sesawang syarikat tersebut semalam.
Perkara tersebut turut dikongsi oleh Ketua Menteri Datuk Seri Utama Haji Sulaiman Md Ali menerusi hantaran di Facebook rasmi miliknya.
Sebelum ini, kerajaan negeri menjangkakan Malindo Air memulakan semula operasi penerbangan Melaka-Pulau Pinang bermula Oktober ini.
Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan, Kemudahan Awam dan Infrastruktur Melaka Datuk Roslan Ahmad berkata, perancangan itu bagi memastikan permintaan penumpang mencapai sasaran ditetapkan Malindo Air.
“Penerbangan Malindo Air yang dijangkakan beroperasi bulan September ini terpaksa ditangguhkan disebabkan ‘demand’ (permintaan) daripada masyarakat masih rendah daripada yang dijangkakan,” katanya.
Views:
Related


Berita Lain
GOLONGAN MEMERLUKAN PARLIMEN JASIN TERIMA SUMBANGAN RAMADAN
MERLIMAU 14 Mac - Golongan memerlukan terus mendapat perhatian apabila sumbangan berjumlah RM15,000 beserta kit Ramadan disalurkan kepada 150 penerima...
MASIH ADA YANG SAYANG ‘ANAK-ANAK SYURGA’
MACHAP JAYA 14 Mac - Wakil Rakyat dari lima Dewan Undangan Negeri (DUN) Parlimen Alor Gajah mencipta kelainan apabila memilih...
MAIM, PERKESO PERKUKUH SINERGI PASTIKAN SALURAN BANTUAN LEBIH EFEKTIF
AYER KEROH 14 Mac - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) memperkukuh kerjasama strategik melalui Program Social Synergy bagi memastikan bantuan...
‘ZARUL SOLO’ SAMUN KEDAI EMAS DITAHAN
MELAKA, 14 Mac - Polis menahan seorang penganggur digelar 'Zarul Solo' yang dipercayai terbabit dalam kes samun barang kemas melibatkan...
SANTUNI, CERIAKAN RAKYAT SETIAP KALI MUSIM PERAYAAN
LENDU 14 Mac - Menyantuni rakyat dalam kalangan golongan kurang berkemampuan khususnya setiap kali tiba musim perayaan sentiasa menjadi keutamaan...
KOMPAUN RM250, JIKA TIADA SUNTIKAN TIFOID – MBMB
AYER KEROH 14 Mac - Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) teragak-agak untuk mengeluarkan kompauan kepada mana-mana peniaga Pasar Ramadan dikesan...