Sorting by

×

MALIM JAYA LOKASI SAMBUTAN TAHUN BARU CINA MELAKA 2025

Masa Membaca:1 Minit, 12 Saat

KESIDANG 9 Januari – Sambutan Tahun Baharu Cina Peringkat Negeri Melaka Tahun 2025 akan diadakan di Jalan Rahmat 4, Taman Malim Jaya pada 8 Februari depan.

Exco Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Allex Seah Shoo Chin berkata, majlis sambutan tersebut dijangka akan bermula jam 8 malam dengan sasaran 10,000 masyarakat berbilang kaum.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kesidang berkata pelbagai pengisian dan aktiviti menarik akan disediakan bagi sambutan besar-besaran peringkat negeri itu.

“Kita menyasarkan kehadiran sekitar 8,000 hingga 10,000 orang yang akan memeriahkan sambutan Tahun Baru Cina Peringkat Negeri Melaka 2025 ini.

“Jika tahun lalu kita laksanakan penganjuran sambutan peringkat negeri di Jalan Jonker dengan kerjasama Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), namun tahun ini kita akan bekerjasama dengan Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ),” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Mengulas lanjut Allex berkata, seperti tahun lepas, pihaknya turut akan mengedarkan kupon makan kepada pengunjung dan lebih 200 gerai makanan akan dibuka termasuk gerai makanan halal.

“Kita mahu semua kaum dan bangsa dapat bersama-sama meraikan Sambutan Tahun Baru Cina ini dan merasai kemeriahan bersama.

“Persembahan si cilik dari pelajar Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) berhampiran antara persembahan yang akan disajikan selain persembahan tarian singa dan tarian naga serta pelbagai lagi aktiviti menarik.

“Penganjuran di lokasi baharu ini juga kita menyediakan tempat parkir kereta yang luas, mudah dan selesa untuk semua pengunjung,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

339
Kongsi :
Previous post KERAJAAN MELAKA CAKNA PROGRAM PENDIDIKAN KHAS
Ubah saiz-+=