
Malaysia tandatangani dua perjanjian angkasa lepas antarabangsa
Kementerian Sains, Teknologi Dan Inovasi (MOSTI) dalam kenyataan hari ini berkata dua perjanjian atau konvensyen yang telah ditandatangani ialah âTreaty on Principle Governing the Activities of States in the Exploration and Use of Outer Space, Including the Moon and Other Celestial Bodies, 1967 (OST 1967)â dan âAgreement on the Rescue of Astronauts, the Return of Astronauts and the Return of Objects Launched into Outer Space, 1968 (ARRA 1968)â.
âProses meratifikasi atau menganggotai kesemua perjanjian atau konvensyen itu sedang dipertimbangkan selaras dengan kepentingan negara,â menurut kenyataan itu.
Menurutnya keanggotaan Malaysia dalam Pertubuhan United Nation-Committee on the Peaceful Uses of Outer Space (UNCOPUOS) sejak tahun 1994 menunjukkan komitmen negara untuk melaksanakan tanggungjawabnya dalam sektor angkasa di peringkat antarabangsa.
âKomitmen negara ini telah dibuktikan melalui pewartaan Akta Lembaga Angkasa Malaysia 2022Â [Akta 834]Â pada 25 Januari 2022.
âAkta 834 ini membolehkan kerajaan melalui MOSTI menimbangkan tindakan yang perlu bagi meratifikasi kesemua perjanjian atau konvensyen antarabangsa berkaitan angkasa, selaras dengan keutamaan dan kepentingan negara,â katanya.
Menurut kenyataan itu tiga lagi perjanjian atau konvensyen antarabangsa berkaitan angkasa yang belum ditandatangani ialah âConvention on International Liability for Damage Caused by Space Objects, 1972 (LIAB 1972)â; âConvention of Registration of Objects Launched into Outer Space, 1975 (REG 1975)â dan Agreement Governing the Activities of State on the Moon and Other Celestial Bodies, 1979 (MOON 1979).
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.