
Malaysia sasar capai 31 peratus tenaga baharu menjelang 2025
PENGKALAN BALAK 31 Mac – Malaysia menyasarkan bekalan Tenaga Boleh Baharu (TBB) mampu dicapai sebanyak 31 peratus dihasilkan di negara ini menjelang tiga tahun akan datang.
Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata sasaran itu akan ditingkatkan bagi menarik pelabur antarabangsa yang lebih menumpukan penghasilan tenaga hijau dalam tempoh ini.
“Setakat ini Malaysia baru menghasilkan sebanyak 25 peratus TBB yang dihasilkan dari hidrogen, solar, gas serta pelbagai lagi.
“Tenaga ini menjadi rebutan kepada pelabur antarabangsa dan ini juga menyebabkan kerajaan tidak mengeksport tenaga ini keluar demi menarik pelabur datang ke Malaysia.
“Tenaga ini dihasilkan berikutan ramai pelabur menginginkan tenaga yang dihasilkan dari teknologi hijau berbanding penggunaan sebelum ini iaitu menggunakan arang batu dan diesel,” katanya,
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri perasmian Stesen Jana Kuasa Edra Melaka di Pengkalan Balak yang disempurnakan Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali, di sini hari ini.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
POLIS SIASAT SURI RUMAH BUAT LAPORAN PALSU DISAMUN
JERTIH 22 April - Polis menyiasat seorang suri rumah yang membuat laporan palsu mendakwa dirinya disamun dua suspek bersenjatakan pisau...
POLIS TAHAN WANITA CURI BEG DALAM PEJABAT PASUKAN BOMBA SUKARELA
BUTTERWORTH 22 April - Polis menahan seorang wanita tempatan yang disyaki terlibat dalam kejadian curi beg sandang milik seorang lelaki...
JENAYAH INDEKS MELAKA MENURUN
AYER KEROH 22 April - Statistik jenayah indeks Negeri Melaka bagi tiga bulan pertama tahun ini menunjukkan penurunan sebanyak 4.85...
SPNB DIMINTA TERUSKAN PROJEK RMR 2.0
BANDARAYA MELAKA 22 April - Pelaksanaan projek Rumah Mesra Rakyat 2.0 (RMR 2.0) diharap dapat diteruskan semula susulan sambutan menggalakkan...
SPNB TERIMA LEBIH 7,000 PERMOHONAN BAHARU RMR SELURUH MELAKA
BANDARAYA MELAKA 22 April - Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) menerima sebanyak 7,336 permohonan baharu untuk pemilikan Rumah Mesra Rakyat...
SEMBILAN VESEL DIKESAN LANGGAR UNDANG-UNDANG PERIKANAN DI MELAKA
SERKAM 22 April - Jabatan Perikanan Negeri Melaka merekodkan sembilan tangkapan vesel melibatkan 36 individu atas pelbagai kesalahan mengikut Akta...