Malaysia kecewa junta tidak iktiraf utusan khas ke Myanmar
KUALA LUMPUR, 7 Mei – Malaysia menyuarakan kekecewaan dengan tindakan junta Myanmar tidak mengiktiraf Dr Noeleen Heyzer, Utusan Khas Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSG) di Myanmar.
Menteri Luar Datuk Seri Saifuddin Abdullah berkata disebabkan itu Noeleen tidak diundang ke mesyuarat perundingan ASEAN mengenai bantuan kemanusiaan kepada Myanmar di Phnom Penh, Kemboja pada Jumaat.
Malaysia bimbang dengan langkah terbaru Myanmar itu akan mengugat kelancaran proses Konsensus Lima Perkara (5PC) ASEAN dalam mencari penyelesaian kepada kebuntuan politik di negara itu.
“Semalam dalam mesyuarat konsultasi ASEAN mengenai bantuan kemanusiaan ke Myanmar, semua wakil negara ASEAN hadir tetapi Noeleen tidak diundang ke mesyuarat itu kerana beliau tidak diiktiraf junta Myanmar.
“Ini adalah satu lagi contoh, nampaknya, Myanmar tidak beri kerjasama sebaiknya dalam melaksanakan 5PC,” katanya pada sidang media di Wisma Putra di sini pada Ahad.
Saifuddin yang memetik statistik berkata 10,786 pertempuran bersenjata dan serangan ke atas orang awam di Myanmar berlaku dari 1 Feb 2021 hingga 15 April 2022, dengan 2,146 orang terbunuh dan 13,282 ditahan, jumlah itu jauh lebih tinggi berbanding negara konflik seperti Syria dan Yaman. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
UTEM BANTU URUS JENAZAH NURUL SYAFIQAH, NURHANIS AFRYNA
AYER KEROH 26 Disember - Pihak pengurusan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) membantu menguruskan proses menghantar pulang jenazah dua pelajarnya...
MERIAHKAN MELAKA BERSELAWAT AHAD INI
AYER KEROH 26 Disember 2024 - Orang ramai khusus umat Islam Negeri Melaka dipelawa untuk beramai-ramai memeriahkan program Melaka Berselawat...
MAIM PRIHATIN PERKEMBANGAN ANAK-ANAK KAYFAZ
AYER KEROH 26 Disember - Meskipun sedang bercuti, Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) tetapi mengikuti perkembangan anak-anak Kompleks Anak Yatim...
PENGHANTAR BARANG, JURUANALISIS DIDAKWA JADI ‘KELDAI AKAUN’ DENGAN SERAH KAD ATM
BALIK PULAU 26 Disember - Seorang penghantar barang mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas dua...
PROGRAM TARIF ELEKTRIK HIJAU DITERUSKAN BAGI 2025 DENGAN KADAR PREMIUM SAMA
PUTRAJAYA 26 Disember - Program Tarif Elektrik Hijau (GET) akan diteruskan pada 2025 dengan penawaran kuota sekurang-kurangnya 6,600 GigaWatt jam...
DUA PELAJAR UTEM MAUT, DUA CEDERA PULANG KE KAMPUS
JASIN 26 Disember - Dua pelajar perempuan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) maut manakala dua lagi cedera selepas kereta dinaiki...