Sorting by

×

Malaysia-Jepun perkukuh komitmen peningkatan kerjasama pertahanan

Masa Membaca:1 Minit, 12 Saat

KUALA LUMPUR 16 April. – Malaysia dan Jepun memperkukuhkan komitmen masing-masing bagi meningkatkan lagi hubungan kerjasama pertahanan antara dua-dua negara.

Kementerian Pertahanan dalam satu kenyataan yang dikeluarkan semalam memaklumkan Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan rakan sejawatannya, Nobuo Kishian berkongsi komitmen itu semasa sidang video antara kedua-dua menteri yang diadakan semalam.

“Kedua-dua menteri pertahanan itu bersetuju untuk memelihara hubungan erat pada semua peringkat dan mengalakkan penerusan semula secara akrif ketelibatan antara kedua-dua pihak termasuk pertemuan dua hala antara kedua-dua kementerian, pertukaran latihan pasukan bersenjata dan kerjasama dalam Misi Bantuan Kemanusiaan dan Bencana (HADR).

“Semasa panggilan itu juga, kedua-dua menteri menerokai potensi bidang kerjasama dalam industri pertahanan,” menurut kenyataan itu.

ISMAIL Sabri dan rakan sejawatannya Nobuo Kishian berkongsi komitmen mengenai hubungan kerjasama pertahanan antara kedua-dua negara semasa sidang video. Foto Facebook MINDEF.

Kedua-dua menteri juga menyentuh mengenai isu-isu keselamatan serantau yang menjadi kepentingan dan keprihatinan bersama-sama termasuk isu Laut China Selatan, situasi di Myanmar dan Semenanjung Korea.

Malaysia dan Jepun menandatangani Memorandum Persefahaman mengenai hubungan kerjasama pertahanan dan pertukaran pada September 2018.

Kedua-dua pihak juga menandatangani perjanjian antara Kerajaan Malaysia dan kerajaan Jepun Mengenai Pemindahan Peralatan dan Teknologi Pertahanan pada tahun sama,” menurut kenyatan itu.

Berdasarkan asas hubungan ini, Malaysia akan terus menggalakkan pertukaran dan kerjasama pertahanan dengan Jepun.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

290
Kongsi :
Previous post Darurat: Pesalah dihukum penjara tiga tahun dibenarkan jalani khidmat masyarakat
Next post Persembahan Zamani Slam di Hotel LaCrista Melaka 1 Mei ini
Ubah saiz-+=