
Malaysia, Indonesia tingkat kerjasama pelaburan, komoditi – PM Ismail Sabri
JAKARTA, 1 April – Pembangunan di kawasan sempadan Malaysia dan Indonesia akan diperhebatkan susulan pembukaan ibu negara Indonesia yang baharu, Nusantara, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Beliau berkata kerajaan akan mengenal pasti kawasan-kawasan yang perlu dibangunkan itu sama ada di Malaysia atau di sebelah Indonesia.
“Saya berterima kasih kerana Bapak Presiden (Joko Widodo) bersetuju untuk kita turut mengenal pasti kawasan-kawasan yang akan dimajukan oleh pelabur dari Malaysia di bandar Nusantara nanti,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media bersama Presiden Indonesia Joko Widodo setelah menyaksikan majlis permeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) berhubung Pekhidmat Domestik Indonesia (PDI) di Istana Merdeka, di sini, hari ini.
Menyentuh mengenai kelapa sawit, Ismail Sabri berkata kedua-dua negara bersetuju agar harga minyak kelapa sawit ditentukan bersama dan tidak bersaing dari segi penetapan harga.
Malaysia dan Indonesia merupakan pengeksport utama minyak sawit dan menguasai sebahagian besar pasaran eksport minyak sawit dunia.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
POLIS SIASAT SURI RUMAH BUAT LAPORAN PALSU DISAMUN
JERTIH 22 April - Polis menyiasat seorang suri rumah yang membuat laporan palsu mendakwa dirinya disamun dua suspek bersenjatakan pisau...
POLIS TAHAN WANITA CURI BEG DALAM PEJABAT PASUKAN BOMBA SUKARELA
BUTTERWORTH 22 April - Polis menahan seorang wanita tempatan yang disyaki terlibat dalam kejadian curi beg sandang milik seorang lelaki...
JENAYAH INDEKS MELAKA MENURUN
AYER KEROH 22 April - Statistik jenayah indeks Negeri Melaka bagi tiga bulan pertama tahun ini menunjukkan penurunan sebanyak 4.85...
SPNB DIMINTA TERUSKAN PROJEK RMR 2.0
BANDARAYA MELAKA 22 April - Pelaksanaan projek Rumah Mesra Rakyat 2.0 (RMR 2.0) diharap dapat diteruskan semula susulan sambutan menggalakkan...
SPNB TERIMA LEBIH 7,000 PERMOHONAN BAHARU RMR SELURUH MELAKA
BANDARAYA MELAKA 22 April - Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) menerima sebanyak 7,336 permohonan baharu untuk pemilikan Rumah Mesra Rakyat...
SEMBILAN VESEL DIKESAN LANGGAR UNDANG-UNDANG PERIKANAN DI MELAKA
SERKAM 22 April - Jabatan Perikanan Negeri Melaka merekodkan sembilan tangkapan vesel melibatkan 36 individu atas pelbagai kesalahan mengikut Akta...