Sorting by

×

Malaysia, Indonesia, Brunei kutuk sekerasnya kekejaman Israel

Masa Membaca:52 Saat

 

KUALA LUMPUR 16 Mei – Kerajaan Malaysia, Indonesia dan Brunei hari ini sepakat mengutuk sekeras-kerasnya serangan kejam Zionis Israel terhadap Palestin dan mahu ia dihentikan serta-merta, menurut kenyataan bersama ketiga-tiga negara yang disiarkan di Facebook rasmi Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sebentar tadi.

Menurut kenyataan bersama itu, serangan agresif Israel itu ternyata melanggar undang-undang antarabangsa dan terang-terangan bertindak di luar batasan kemanusiaan selepas menyebabkan ramai warga Palestin maut dan cedera.

Malah ketiga-tiga negara serumpun itu turut menuntut masyarakat antarabangsa untuk terus memberi tekanan ke atas Zionis Israel dalam usaha memerdekakan bumi Palestin dan menjadikan timur Baitulmaqdis sebagai ibu negara Palestin.

“Kami menyeru agar masyarakat antarabangsa kekal dengan komitmen terus menyokong negara Palestin yang merdeka dan menjadikan timur Baitulmaqdis sebagai ibu negara mereka.

“Malah kami akan terus berdiri teguh menyokong mana-mana usaha untuk mendamaikan situasi di sana mengikut lunas resolusi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) serta undang-undang antarabangsa, termasuk undang-undang kemanusiaan”, jelas kenyataan tersebut.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

701
Kongsi :
Previous post PM terima panggilan telefon pemimpin Hamas
Next post Pekerja pusat servis kenderaan positif COVID-19
Ubah saiz-+=