
Malaysia gesa kerjasama yang lebih baik dari negara pengeksport Asia
KUALA LUMPUR, 4 Jun – Malaysia menggesa agar kerjasama yang lebih baik dapat dihulurkan negara-negara pengeksport sisa pada Mesyuarat Peringkat Tinggi Persidangan Konvensyen Basel, Rotterdam dan Stockholm yang berlangsung pada 1 Jun sehingga semalam.
Menteri Alam Sekitar dan Air Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataan hari ini berkata Malaysia menghadapi cabaran untuk mendapat kerjasama daripada negara-negara pengeksport untuk mengambil semula sisa-sisa mereka.
“Kami (Malaysia) memohon kerjasama yang lebih baik daripada negara-negara pengeksport untuk menangani masalah ini. Tiada negara yang patut menjadi tempat pembuangan sisa dari negara lain,” katanya.
Sementara itu, Malaysia turut menegaskan akan kepentingan menguruskan stok simpanan bahan kimia secara mesra alam agar ia tidak menjadi isu baharu bagi negara membangun pada masa hadapan.- BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
LORI ALAMI MASALAH BREK, LANGGAR 15 KENDERAAN
SEPANG 13 April - Sebuah lori melanggar 15 kenderaan lain di jalan susur turun dari Plaza Tol Serenia menghala ke...
PENUNGGANG MOTOSIKAL MAUT TERBABAS, PEJALAN KAKI DILANGGAR KERETA KETIKA BERI BANTUAN
JOHOR BAHRU 13 April - Seorang lelaki Myanmar maut apabila motosikal yang ditunggangnya terbabas manakala penjalan kaki yang cuba memberi...
RAYA MERIAH, HARMONI DI KLEBANG
KLEBANG 13 April - Walaupun berlangsung dalam cuaca hujan lebat, Majlis Rumah Terbuka Dewan Undangan Negeri (DUN) Klebang di perkarangan...
79 PROGRAM WARNAI WRUR LENDU 18-31 MEI DEPAN
LENDU 13 April - Sebanyak 79 program disusun bersempena Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan Undangan Negeri (DUN) Lendu...
PELUNCURAN TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2026 DI MELAKA PADA SEPTEMBER
TELOK MAS 13 April - Majlis Peluncuran Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM 2026) di Melaka akan diadakan pada September depan,...
TRADISI RAYA DI LENDU TERJEMAH SEMANGAT PERPADUAN
LENDU 13 April - Sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Lendu bukan sekadar jamuan makan, sebaliknya ia lambang...