Malaysia akan suarakan pendirian menentang Israel pada OIC
KUALA LUMPUR 15 Mei – Malaysia akan menggesa Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) untuk lebih tegas dan melaksanakan usaha semaksimum mungkin demi melindungi rakyat Palestin daripada keganasan Israel, pada Mesyuarat Tergempar pada Ahad.
“Pada mesyuarat itu esok, saya akan menyuarakan pendirian tegas dan tidak berbelah bahagi Malaysia mengenai perkara ini kepada OIC.
“Saya juga akan menyuarakan gesaan Malaysia supaya OIC mengambil tindakan lebih tegas dan melaksanakan usaha semaksimum mungkin demi melindungi rakyat Palestin daripada keganasan Israel,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Mesyuarat Tergempar Terbuka secara maya Jawatankuasa Eksekutif OIC Peringkat Menteri-Menteri Luar itu diadakan bagi membincangkan mengenai keganasan Israel, pencerobohan dan pendudukan kuasa rejim itu di wilayah Palestin terutamanya di Al-Quds AlShareef.
Dalam perkembangan lain, Hishammuddin berkata beliau telah berhubung dengan Menteri Luar Negeri II Brunei Darussalam, Datuk Seri Setia Haji Erywan Mohd Yusof dan Menteri Luar Indonesia, Retno Marsudi bagi mencapai kata sepakat antara negara-negara Islam Asia Tenggara mengenai Palestin.
“Secara kolektif, kami bertiga mengecam sekeras-kerasnya serangan tentera penjajah Isreal terhadap rakyat Palestin dan mahu Israel hentikan serta merta tindakan pencerobohan di seluruh wilayah Palestin,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.