
Malam Gema Wahyu Ikhlas dekati golongan memerlukan
BANDA HILIR 3 April – Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) meraikan anak-anak tahfiz dan golongan asnaf di negeri ini pada Malam Gema Wahyu Ikhlas di Pavilion Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024), di sini, semalam.
Bersempena bulan Ramadan, program itu dianjurkan bagi mengenali lebih rapat golongan memerlukan di negeri ini agar tidak dipinggirkan.
Program mendapat kerjasama Bahagian Promosi Pelancongan (BPP) Melaka dan Takaful Malaysia itu disempurnakan oleh Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM), Datuk Badaruddin Mohd Kassim serta turut dihadiri Pengurus BesarBPP Melaka, Sa’ari Basiron.
Lebih menarik program itu diserikan dengan alunan bacaan haflah al-Quran daripada qari jemputan iaitu Ustaz Amirahman Abas dan Ustaz Aiman Ridhwan.
Pada program itu, Badaruddin turut menyerahkan sumbangan kepada 97 Institusi Pendidikan Islam Swasta (IPIS) yang berdaftar di bawah JAIM dengan jumlah keseluruhan bernilai RM306,000.
Tidak ketinggakan Takaful Ikhlas juga turut menyalurkan sumbangan kepada golongan asnaf bagi membantu dan menggembirakan mereka menyambut Hari Raya Aidilfitri.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MELAKA LONJAK POTENSI PELAJAR PENDIDIKAN KHAS
BANDARAYA MELAKA 23 April - Lebih 5,500 murid dan pelajar Sekolah Pendidikan Khas Negeri Melaka menyertai Karnival Bakat dan Kebolehpasaran...
‘RAYA DULU-DULU’ TEMA RUMAH TERBUKA AGENSI AGAMA ISLAM MELAKA
PENGKALAN BATU 23 April - Menjelang Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Agensi Agama Islam Negeri Melaka Tahun 1446H/2025 yang akan...
136 TASKA DI MELAKA DIPASANG PLAK TASKA BERDAFTAR
MELAKA, 23 April - Sebanyak 136 taman asuhan kanak-kanak (taska) di Melaka yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) setakat...
PERZIM PROMOSI MAKANAN TRADISIONAL MELAKA KEPADA PELANCONG ASING
BANDA HILIR 23 April - Suasana meriah sambutan Aidilfitri terus dirasai apabila Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) mengadakan rumah terbuka Aidilfitri...
ANUGERAH MELAKA MEMBACA DILANCARKAN
PENGKALAN BATU 23 April - Anugerah Melaka Membaca yang diperkenalkan Kerajaan Negeri adalah penghargaan kepada mereka yang menjadikan pembacaan sebagai...
LOJI AIR JUS MULA DIBINA MEI 2025
ASAHAN 23 April - Masalah tekanan air rendah yang membelenggu masyarakat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan bakal berakhir apabila...