Sorting by

×

Malakat Mall pacu ekonomi usahawan Islam dalam peruncitan

Masa Membaca:54 Saat

MASJID TANAH 10 April. – Pasaraya Malakat Mall yang beroperasi di Masjid Tanah mampu meningkatkan ekonomi usahawan Islam dalam bidang peruncitan.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md. Ali berkata, ini berikutan pasar raya berkonsepkan ekosistem perniagaan Islam iaitu sifar riba.

“Ekosistem ekonomi Islam ini melibatkan pembinaan rangkaian peruncitan dari peringkat pengeluar atau pengilang, pemborong, pengedar, peruncit dan pengguna.

“Selain itu, Pasaraya Malakat Mall mengunakan konsep ‘jual sesama kita, beli sesama kita’  mampu memberi kesan gandaan pendapatan dalam ekosistem ekonomi terbabit.

“Ia menghimpunkan produk usahawan Melayu Muslim dalam pasar raya dan usaha ini perlu disokong bagi meningkatkan ekonomi usahawan dalam pasca penularan pandemi COVID-19,” katanya berucap merasmikan Malakat Mall di sini.

Hadir sama, Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Wira Mas Ermieyati Samsudin.

Pasaraya Malakat Mall di Masjid Tanah adalah cawangan kedua di negara ini selepas beroperasi di Cyberjaya, Selangor tahun lalu.

Pasar raya yang dibantu 165 pekerja kalangan anak jati Masjid Tanah itu dicadang dibuka 24 jam menjelang Ramadan ini untuk kemudahan masyarakat mendapatkan perkhidmatan ditawarkan pada bila-bila masa.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1118
Kongsi :
Previous post 10,585 individu di Melaka terkesan dalam pekerjaan sepanjang COVID-19
Next post ‘Alhamdulillah saya sudah dapat kerja’
Ubah saiz-+=