
Malakat Mall: Jangan jadi gajah putih lagi! – Sulaiman
BANDARAYA MELAKA 20 Mei – Kerajaan negeri berharap MARA Incorporated Sdn Bhd pemilik bangunan pasar raya di Masjid Tanah mencari pengganti baharu selepas penyewa sebelum ini Malakat Mall mengosongkan premis itu.
Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali berkata, perlu ada tindakan segera bagi mengelakkan bangunan itu daripada menjadi projek gajah putih.
“Sebelum ini saya yang memberi saranan agar Malakat Mall menyewa di situ, namun timbul masalah antara penyewa dan pemilik bangunan hingga Malakat Mall ambil keputusan untuk keluar.
“Saya akan memantau kemasukan penyewa baharu, kerana kita mahu melihat Masjid Tanah kembali membangun ditambah dengan kemasukan pelaburan asing pada masa akan datang.
“Perkara ini saya serahkan kepada MARA Incorporated Sdn Bhd dan maklumkan segera kepada saya biarpun ia bukan di bawah seliaan kerajaan negeri,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri dan Sambutan Ulang Tahun ke-14 Menara Taming Sari (MTS) di Perkarangan MTS, Banda Hilir, di sini hari ini.
Hadir sama EXCO Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan, Datuk Muhammad Jailani Khamis dan Ketua Pegawai Eksekutif MTS, Azlan Abidin.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
PERKENAL MENARA TAMING SARI KEPADA DUNIA
BANDA HILIR 22 April - Pemilihan Melaka sebagai tuan rumah penganjuran Hari Pelancongan Sedunia 2025 (WTD 2025) dan Forum Pelancongan...
POLIS BURU LELAKI KES SAMUN RANTAI EMAS BERSENJATA PARANG
SHAH ALAM 22 April - Polis sedang menjejaki sekumpulan lelaki yang disyaki melakukan jenayah samun menggunakan parang di sebuah kedai...
‘PETTING ZOO’ KEMUDAHAN SUKAN LASAK BAKAL JADI TARIKAN BAHARU TETC
RIM 22 April - Kemudahan di Taman Extreme Tasik Chinchin (TETC) akan terus dinaik taraf bagi memastikan lokasi itu terus...
SUNGAI RAMBAI LOKASI PENGANJURAN FESTIVAL HELLO KOMODITI 2025
SUNGAI RAMBAI 22 April - Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Rambai sekali lagi dipilih menjadi lokasi karnival peringkat kebangsaan menerusi...
KETUA POLIS BALAI DITAHAN POSITIF DADAH BAKAL BERDEPAN TINDAKAN TATATERTIB
KUALA LUMPUR 21 April - Seorang ketua polis balai yang ditahan kerana disyaki mengambil dadah ketika berada di sebuah pusat...
19 PELAJAR KOLEJ KOMUNITI KOTA MELAKA PAMER KEMAHIRAN DANDAN RAMBUT
BANDA HILIR 21 April - Seramai 19 pelajar Diploma Dandanan Rambut Kolej Komuniti Kota Melaka mempamerkan kemahiran dandanan rambut, solekan...