Sorting by

×

Makanan warisan aset negara

Masa Membaca:1 Minit, 0 Saat

Banda Hilir 22 Julai – Tidak dapat dilihat secara fizikal atau nyata di depan mata,  namun makanan warisan antara khazanah tidak ternilai dan dianggap sebagai aset negara.

Isteri Yang di-Pertua Negeri, Toh Puan Datuk Wira Asmah Abd Rahman berkata, berikutan itu program berteraskan masakan seperti penganjuran Festival Masakan Warisan Melaka 2023 harus diadakan secara kerap di Negeri ini.

Toh Puah Asmah berkata, pemuliharaan budaya dan warisan wajar diterapkan dalam diri anak muda, malah ia harus dimulakan dari kecil lagi agar dapat dipertahankan oleh setiap generasi.

“Saya harap ibu bapa dapat membawa bersama anak-anak hadir ke festival seperti ini bagi membuka mata dan minda akan kepentingan menjaga warisan dan budaya.

“Selain itu kita perlu berbangga dengan makanan tradisi yang berupaya menjadi aset pelancongan negara,” katanya ketika menyempurnakan lafas perasmian Festival Masakan Warisan Melaka 2023 berlangsung di perkarangan Muzium Rakyat, di sini, hari ini.

Festival bermula semalam hingga esok itu menampilkan kepelbagaian makanan etnik Negeri Melaka dan memasuki edisi ke-14 selepas pertama kali dianjurkan pada 2004.

Hadir sama pada majlis perasmian itu Exco Pelancongan, Warisan Seni dan Budaya negeri, Datuk Abdul Razak Abdul Rahman bersama timbalan beliau Datuk Zaidi Attan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1249
Kongsi :
Previous post Festival Masakan Warisan sasar tarik 30,000 pengunjung
Next post Tumbuk sambal belacan, masak sambal tahi minyak curi tumpuan
Ubah saiz-+=