Sorting by

×

Makanan tradisi jawa kini diminati ramai

Masa Membaca:1 Minit, 41 Saat

AYER MOLEK 22 April – Jika dahulu, mungkin hanya nasi ambeng sahaja yang dikenali sebagai antara makanan tradisi masyarakat jawa yang digemari rakyat Malaysia.

Namun kini, kepelbagaian makanan tradisi itu semakin diangkat sehinggakan ada diantaranya mula menjadi buruan penggemar makanan.

Photo1713606076
ADUN Ayer Molek, Datuk Rahmad Mariman. Foto Iqmal Haqim Rosman

Menurut anak jati Kampung Paya Dalam, Kaseh Kosrin, 73, sebagai masyarakat jawa yang menetap di Melaka, dia bangga apabila beberapa makanan tradisi mereka mula diangkat oleh generasi masa kini.

Jelasnya, antara makanan yang kini semakin dikenali ialah punten iaitu beras yang ditanak dengan santan dan nasinya ditumbuk sehingga padat yang dimakan bersama sambal ijo atau merah.

Photo1713592955 (2)
MENU tradisi masyarakat Jawa. Foto Iqmal Haqim Rosman

Selain itu, katanya, masakan seperti ungkep, nasi bucheng, belulang dan gemblong juga semakin menjadi pilihan rakyat Malaysia meskipun bukan ‘berdarah’ jawa.

“Sebagai orang jawa lama, memang kita bangga kerana dahulu tak ramai yang ambil tahu mengenai makanan tradisi jawa, tapi kini semakin diangkat.

“Kita bersyukur kerana apabila makanan ini dikenali, ia secara tidak langsung dapat menyambung legasi makanan tradisi ini di Malaysia dan Melaka amnya,” katanya kepada Melaka Hari Ini pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Tahun 2024 anjuran Persatuan Warisan Anak Jawa Paya Dalam (PERWAJA) di Bangunan PERWAJA, Kampung Tengah Paya Dalam, baru-baru ini.

Menurut Kaseh, setiap kali Hari Raya Aidilfitri, suasana perayaan di kampung itu meriah memandangkan rata-rata mereka masih mengekalkan keakraban dan tradisi kunjung mengunjung serta bermaaf-maafan.

Photo1713592955 (1)
MENU tradisi masyarakat Jawa. Foto Iqmal Haqim Rosman

“Antara makanan yang sering disajikan pada hari raya ialah lontong asli yang dimakan bersama jangan lombok iaitu sejenis kuah berwarna kuning yang diletakkan udang, tauhu, tempe dan sayur-sayuran.

“Selain itu, makanan biasa seperti ketupat, nasi ambeng dan nasi uduk juga sering menjadi sajian di hari raya yang akan disajikan kepada tetamu dan saudara-mara,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

652
Kongsi :
Previous post Lebih banyak program bersama masyarakat Orang Asli
Next post Pengurus pengawal keselamatan didenda RM3,000 halang tugas, maki polis
Ubah saiz-+=