Makanan Malaysia mudah didapati di Makkah
MAKKAH, 2 Jun – Selain makanan yang disediakan Tabung Haji (TH), pelbagai pilihan juadah cita rasa tanah air boleh diperoleh jemaah haji di kota Makkah al-Mukarramah.
Nasi lemak, nasi kerabu, roti canai, laksam, kuih-muih dan teh tarik antara menu yang terdapat di sini bagi memenuhi selera para jemaah Malaysia.
TH menerusi TH Travel & Services menawarkan perkhidmatan kafeteria di sembilan maktab penginapan yang beroperasi bermula 4.30 pagi hingga 11.30 malam setiap hari.
Petugas kafeteria Mohd Haruji Mohd Yahya berkata pelbagai produk Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) turut dijual seperti kicap, sos cili dan sambal yang dibawa dari Malaysia.
“Kita membawa tukang masak dari Malaysia dan roti canai juga ditebar di kafeteria,” katanya ketika ditemui di sini.
Seorang jemaah haji, Azizi Alias, 49, dari Peringat, Kelantan berkata dia boleh mendapatkan juadah dengan selera pantai timur di kafeteria di bangunan penginapan Abraj Al-Janadriyyah di sini, sesuai dengan cita rasanya.
Dalam pada itu, jemaah haji Malaysia yang berada di sekitar Masjidil Haram juga boleh mendapatkan hidangan Malaysia di restoran D’Saji di Safwa Tower di sini yang menyajikan antaranya nasi lemak, ayam masak merah dan mi goreng.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
MELAKA TAWAR DIRI JADI TUAN RUMAH KEJOHANAN RALI ASIA PASIFIK
ASAHAN 21 Disember - Melaka sedia menjadi tuan rumah Kejuaraan Rali Asia Pasifik (APRC) pada tahun hadapan bersempena Hari Pelancongan...
MIHF’24: ANGKAT MARTABAT ‘FESYEN SANTUN’
AYER KEROH 21 Disember - Melaka International Halal Festival (MIHF) 2024 menjadi medan buat pereka fesyen melebarkan rekaan busana fesyen...
IKAN APA JUARA DI TASIK AYER KEROH ESOK?
AYER KEROH 21 Disember - Ratusan kaki pancing bakal berkampung di Tasik Ayer Keroh, di sini, bersempena Cabaran Joran Melaka...
BANTUAN PERSEKOLAHAN MAIM AMAT BERMAKNA
BUKIT KATIL 21 Disember - "Tanpa bantuan persekolahan ini memang sukar dan buntu untuk kami kumpul wang membeli kelengkapan serta...
LEBIH BANYAK NASKHAH AGUNG DIPENTASKAN
AYER KEROH 21 Disember - Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Melaka menterjemahkan naskhah karya agung yang diiktiraf Pertubuhan Pendidikan,...
SEKTOR HALAL LONJAK NAMA MELAKA DI PENTAS GLOBAL
AYER KEROH 21 Disember - Melaka mahu untuk terus kukuh di pentas global sebagai sebuah Hab Halal Antarabangsa dengan sasaran...