Makan sampai kenyang pada satu harga di Saferah Steamboat & Grill vs Laksa Buyong, Sungai Udang

Masa Membaca:2 Minit, 38 Saat

SUNGAI UDANG 1 September – Mempunyai kira-kira 50 pilihan makanan seperti ayam, daging dan kambing perap termasuk makanan laut segar menjadikan Saferah Steamboat & Grill vs Laksa Buyong menjadi lokasi pilhan seisi keluarga menjamu selera.

Kepelbagaian makanan dan juga pencuci mulut yang disediakan akan membuatkan pengunjung rambang mata untuk membuat pilihan serta menikmatinya.

Pemilik Saferah Steamboat & Grill vs Laksa Buyong, Tun Sarah Wati Mohd Nadzir, 40, berkata, meskipun menyedari terdapat banyak premis di luar sana yang turut menawarkan hidangan sama, namun kelainan yang dibawakan di restorannya akan membuatkan menjadi pilihan utama khususnya penduduk di sekitar Sungai Udang.

Menurutnya, antara kelainan yang ditampilkan ialah restorannya turut menghidangkan perapan beberapa jenis ikan yang amat jarang ditemui di kebanyakkan kedai berkonsepkan ‘steamboat and grill’.

“Malah selain kesegaran makanan laut, ayam dan daging bahan digunakan untuk perapan juga dipastikan segar selain menepati citarasa semua.

“Resepi perapan adalah ‘home made’ dan diolah sendiri oleh saya selain untuk memberikan kepelbagaian kepada pelanggan juga kita mempunyai lapan pilihan sos yang boleh dipilih.

“Di sini juga kita pelanggan yang datang boleh menikmati hidangan yong taufu bersama kuah hitam,” katanya.

Tun Sarah Wati ditemui Melaka Hari Ini pada majlis pembukaan restoran miliknya iaitu Saferah Steamboat & Grill vs Laksa Buyong yang terletak di Plaza Sungai Udang atau lebih dikenali tapak pasar malam Sungai Udang.

WhatsApp Image 2023-08-31 at 18.31.29
Tun Sarah Wati menunjukkan hidangan Laksa Buyong yang terdapat di restorannya Saferah Steamboat & Grill vs Laksa Buyong, Sungai Udang

Menurut veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) itu, menariknya di premisnya juga ada menyediakan hidangan Laksa Buyong yang begitu popular dan digemari penggemar makanan Utara.

“Di restoran kami memang terdapat pelbagai makanan untuk pelanggan nikmati termasuk Laksa Buyong ini yang dimakan bersama sambal sotong.

“Malah untuk pencucui mulut, istimewanya juga kita ada ‘cendol santan versi ice cream’. Hidangan ini adalah menu yang saya berniaga sudah lama,” katanya.

Tun Sarah Wati berkata, dengan pelbagai hidangan makanan disediakan, pelanggan hanya perlu bayar pada satu harga dan boleh menikmatinya sehingga kenyang.

“Harga yang kami tawarkan adalah serendah RM15 untuk kanak-kanak berusia enam hingga 12 tahun, manakala RM29 bagi warga emas dan orang kurang upaya (OKU) serta orang dewasa pula dikenakan caj RM39

“Sempena promosi pembukaan, kita turut menawarkan diskaun 15 peratus setiap satu bil selama tiga hari.

“Kami turut membuka pendaftaran menjadi ahli dengan caj RM30 bagi tempoh tiga bulan dan akan mendapat diskaun sebanyak 10 peratus bagi setiap satu bil,” katanya.

WhatsApp Image 2023-08-31 at 18.28.57
Tun Sarah Wati bersama kakitangan dan suami (kanan) melayani tetamu yang hadir pada majlis pembukaan Saferah Steamboat & Grill vs Laksa Buyong, Sungai Udang.

Mengulas lanjut, ibu kepada lima anak itu berkata, meskipun ini percubaan pertamanya membuka restoran berbanding sebelum ini berniaga berkonsepkan kendera saji (food truck), namun dia percaya mampu bersaing.

“Saya memang minat berniaga malah ketika masih bertugas sebagai jururawat tentera dulu saya sudah mula secara kecil-kecilan selepas mendapat kebenaran.

“Jadi dengan pencapaian hari ini tidak mustahil untuk saya meletakkan sasaran dalam tempoh tiga tahun akan datang untuk membuka sebuah lagi restoran di kampung halaman di Tampin, Negeri Sembilan,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

4666
Kongsi :
Previous post Orang ramai teruja hadir ke Sambutan Hari Kebangsaan ke-66
Next post Cungkil bakat generasi muda dalam teknologi robotik
Ubah saiz-+=