Sorting by

×

Makan di restoran dibenarkan bagi individu lengkap dua dos vaksin

Masa Membaca:39 Saat

KUALA LUMPUR 8 Ogos – Orang ramai yang sudah lengkap dua dos  vaksinasi di negeri yang memasuki fasa kedua Pelan Pemulihan Negara (PPN) kini dibenarkan untuk makan di kedai dan restoran.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, mereka hanya perlu menunjukkan sijil digital vaksinasi dengan syarat perlu melepasi 14 hari selepas menerima dos kedua untuk vaksin dua dos dan selepas 28 hari bagi vaksin satu dos.

Kebenaran itu akan berkuat kuasa pada Selasa, 10 Ogos 2021.

“Kebenaran itu turut diberikan kepada kafe dan club house,” katanya dalam pengumuman khas kemudahan individu lengkap dua dos vaksin hari ini.

Bagaimanapun, beliau menggalakkan setiap kedai dan restoran supaya menyediakan meja makan di luar premis yang mempunyai pengudaraan yang baik bagi mengurangkan risiko jangkitan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

380
Kongsi :
Previous post Kejayaan Azizulhasni disanjung pemimpin politik di Twitter
Next post Lengkap dua dos vaksin: Pasangan jarak jauh, ibu bapa jumpa anak dibenar rentas negeri
Ubah saiz-+=