Sorting by

×

MAKAF terima geran padanan sukan RM1 juta

Masa Membaca:1 Minit, 9 Saat

AYER KEROH 22 Julai – Persekutuan Karate Malaysia (MAKAF) menerima geran padanan sukan sebanyak RM1 juta di atas penganjuran Kejohanan Karate Asia Ke-19 yang diadakan di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di sini bermula semalam hingga Ahad.

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata MAKAF merupakan persekutuan sukan pertama yang menerima geran padanan sukan maksimum bernilai RM1 juta.

Katanya, penganjuran kejohanan terbabit dilihat berjaya apabila menerima penyertaan seramai 388 atlet daripada 32 buah negara.

“Saya berharap dengan penyerahan geran maksimum RM1 juta ini membolehkan MAKAF menganjurkan lebih banyak kejohanan bertaraf antarabangsa.

“Kita harap kejayaan penganjuran ini mampu menjadi contoh kepada persatuan sukan lain,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Majlis Perasmian Kejohanan Karate Asia Ke-19 di MITC, di sini, semalam.

Kejohanan itu dirasmikan oleh Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan turut dihadiri Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam.

Sementara itu, Presiden Persekutuan Karate Malaysia (MAKAF), Datuk Nur Azmi Ahmad berkata, pihaknya gembira dengan kelulusan geran padanan sukan diterima daripada Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

“Dengan kelulusan geran padanan ini kita di peringkat MAKAF akan gunakan sebaiknya dan mengikuti prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan pihak KBS.

“Kita juga akan menggunakan wang ini dengan sewajarnya dan menganjurkan kejohananan lebih baik pada masa akan datang,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1348
Kongsi :
Previous post 25 penjaja terima lesen perniagaan
Next post 250 pelajar Orang Asli terima bantuan persekolahan
Ubah saiz-+=