
Majlis sambutan Tahun Baru 2022 Melaka akan diputuskan semula
AYER KEROH 17 Dis – Program sambutan Tahun Baru 2022 Negeri Melaka yang direncana pada 1 Jan 2022 akan dimuktamadkan semula.
Menurut juru cakap Bahagian Promosi Pelancongan (BPP) Melaka, satu mesyuarat akan diadakan pada Isnin sebelum memutuskan sama ada program itu akan diterus atau dibatalkan.
Katanya, mesyuarat itu akan dipengerusikan EXCO Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan, Datuk Muhammad Jailani Khamis sebelum diputuskan bersama kerajaan negeri.
“Pengumuman lanjut mengenai program itu dijangka akan dimaklumkan minggu depan,” kata juru cakap itu.
Semalam, Menteri Kesihatan Khairy Jamaludin mengumumkan penganjuran sambutan tahun baru 2022 secara besar-besaran adalah tidak dibenarkan.
Beliau berkata, sambutan Tahun Baru dan Krismas hanya dibenarkan dilakukan secara berskala kecil dan persendirian membabitkan keluarga dan rakan.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
RAPATKAN JURANG DIGITAL PENDUDUK KAMPUNG
RIM 20 April - Pembinaan menara telekomunikasi baharu sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Rim akan merapatkan lagi jurang digital dan...
MPHTJ GEMPUR PENIAGA WARGA ASING
AYER KEROH 20 April - Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya akan terus mempergiatkan operasi bagi membanteras peniaga warga asing yang...
LUAR BIASA MERIAH, LEBIH 50,000 BERAYA DENGAN KETUA MENTERI MELAKA
TANJUNG BIDARA 19 April - Meriah dan luar biasa! Itu gambaran suasana Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Ketua Menteri Melaka...
SITI NURHALIZA BAKAL ‘GEGAR’ RUMAH TERBUKA KETUA MENTERI MELAKA MALAM INI?
TANJUNG BIDARA 19 April - Penyanyi nombor satu negara, Dato' Sri Siti Nurhaliza dikatakan menjadi antara tetamu jemputan yang bakal...
KERAJAAN STABIL BAWA PULANGAN KEPADA RAKYAT
TANJUNG BIDARA 19 April - Kemeriahan suasana sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Ketua Menteri Melaka di Villa d'Acqua Kampung Pulau,...
TPM HADIR RUMAH TERBUKA AIDILFITRI KETUA MENTERI MELAKA
TANJUNG BIDARA 19 April - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahir Hamidi hadir ke Majlis Rumah Terbuka...