Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan Melaka sasar 4,000 peserta

Masa Membaca:50 Saat

ALOR GAJAH 24 Julai – Kerajaan Negeri menyasarkan lebih 4,000 orang akan menyertai Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kempen Kibar Jalur Gemilang Peringkat Negeri Melaka di Dataran Keris Alor Gajah pada 12 Ogos ini.

Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri, Datuk Fairul Nizam Roslan berkata pelbagai aktiviti menarik bakal diadakan sepanjang program itu.

“Insya-Allah pada 12 Ogos ini kita anjurkan program pelancaran bulan kebangsaan yang mana Dataran Keris menjadi lokasi program ini.

“Ada beberapa pengisian menarik diadakan biarpun program separuh hari sahaja, kita libatkan semua kepimpinan masyarakat dalam negeri dan ramai lapisan masyarakat daripada pelbagai kategori umur.

“Kalau nak tahu kehebatannya nanti sila datang pada hari tersebut,” katanya.

Terdahulu Fairul Nizam menyempurnakan Majlis Penyerahan Jalur Gemilang Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang 2024 (KMJG2024) di perkarangan Freeport A’Famosa, semalam.

Hadir sama Timbalan Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri, Datuk Zulkiflee Mohd Zin dan Pengarah Jabatan Penerangan (JaPen) Melaka, Ab Rasil Hajatil.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

132
Kongsi :
Previous post Pemutihan papan iklan haram di Melaka sedang dijalankan
Next post Sedia khidmat kaunseling bantu mangsa kemalangan
Ubah saiz-+=