
Majlis menghadap PM berkaitan mesyuarat pra-Kabinet – Istana Negara
KUALA LUMPUR, 6 Okt – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menerima menghadap Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk mesyuarat pra-Kabinet di Istana Negara hari ini.
Menurut catatan di Facebook Istana Negara, mesyuarat pra-Kabinet adalah antara aktiviti mingguan atau rutin utama Seri Paduka untuk berbincang dan bertukar pendapat bersama Perdana Menteri berhubung urusan dan isu-isu berkaitan kerajaan.
Turut dimuat naik empat keping gambar menunjukkan Ismail Sabri mengadakan perbincangan bersama Seri Paduka.
Pergerakan Perdana Menteri hari ini menjadi tumpuan media susulan spekulasi mengenai pembubaran Parlimen untuk memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bertiup kencang.
Pada Selasa, Ismail Sabri mengesahkan beliau akan menghadap Al-Sultan Abdullah di Istana Negara pada hari ini, dan banyak spekulasi mengaitkan pertemuan itu bagi memohon perkenan Yang di-Pertuan Agong untuk pembubaran Parlimen.
Perdana Menteri memasuki pintu pagar utama Istana Negara pada 3.49 petang dengan menaiki kenderaan rasmi kerajaan dan sempat melambai ke arah petugas media yang menanti sejak pagi, sebelum dilihat meninggalkan pekarangan Istana Negara pada 4.45 petang. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
SITI NURHALIZA BAKAL ‘GEGAR’ RUMAH TERBUKA KETUA MENTERI MELAKA, MALAM INI
TANJUNG BIDARA 19 April - Penyanyi nombor satu negara, Dato' Sri Siti Nurhaliza menjadi antara tetamu jemputan yang bakal menyerikan...
KERAJAAN STABIL BAWA PULANGAN KEPADA RAKYAT
TANJUNG BIDARA 19 April - Kemeriahan suasana sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Ketua Menteri Melaka di Villa d'Acqua Kampung Pulau,...
TPM HADIR RUMAH TERBUKA AIDILFITRI KETUA MENTERI MELAKA
TANJUNG BIDARA 19 April - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahir Hamidi hadir ke Majlis Rumah Terbuka...
MAIM PERUNTUK LEBIH RM1 JUTA PERSEDIAAN RAMADAN, SYAWAL MUALAF MELAKA
KESIDANG 19 April - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) telah memperuntukkan bantuan sejumlah lebih RM1 juta bagi persediaan Ramadan dan...
MELAKA TERIMA TAMBAHAN VAKSIN INFLUENZA
MACHAP JAYA 19 April - Kerajaan Negeri meneruskan program pemberian vaksin influenza secara percuma kepada warga emas di negeri ini...
MOU ANTARA AKCC, SK TUNSAS DAN UUMISM, PERKASA SUKAN GOLF MELAKA
AYER KEROH 19 April - Sebagai usaha untuk melahirkan lebih ramai pemain golf berkualiti dari Negeri Melaka, Ayer Keroh Country...