
MAJIKAN LARI TINGGAL PEKERJA WARGA ASING SELEPAS LIHAT PASUKAN IMIGRESEN
GEORGE TOWN 27 Ogos – Seorang majikan premis makanan bertindak melarikan diri selepas melihat pasukan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Pulau Pinang melakukan operasi di sebuah kompleks membeli-belah di sini, semalam.
Jabatan itu dalam hantaran di laman Facebook menyebut hasil pemeriksaan di premis berkenaan, lapan pekerja warga asing ditahan kerana tidak memiliki dokumen perjalanan dan pas yang sah untuk tinggal dan bekerja di negara ini.
Mereka terdiri daripada empat lelaki dan seorang wanita warga Indonesia, dua lelaki China dan seorang lelaki Myanmar berusia 30 hingga 50 tahun.
Kesemua mereka yang didapati melanggar syarat di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63, dibawa ke Depot Imigresen Juru untuk siasatan lanjut.
“Usaha mengesan majikan terlibat sedang dilakukan dan tindakan akan dikenakan mengikut peruntukan undang-undang,” menurut JIM. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
LELAKI MAUT, VAN TERBABAS REMPUH BESI PENGHADANG
ALOR GAJAH 12 Mac - Seorang lelaki maut manakala seorang lagi cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah van di Kilometer 209.1...
AIDILFITRI: RAKYAT MELAKA DIGALAK DAFTAR APLIKASI ‘VSP’
AYER KEROH 12 Mac - Orang ramai khususnya penduduk di negeri ini disaran menggunakan aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP) bagi...
MPJ KONGSI REZEKI RAMADAN
JASIN 12 Mac - Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) menyemarakkan bulan mulia ini dengan Program Kongsi Rezeki Ramadan 2025 berkonsepkan sumbangan...
PENGASUH DIDAKWA BUNUH KANAK-KANAK PEREMPUAN TIGA TAHUN
KUANTAN, 12 Mac - Seorang pengasuh didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang kanak-kanak perempuan...
MAIM ANJUR QIYAMUNNAHAR RAMADAN BERSAMA MUALAF
AYER KEROH 12 Mac - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) menerusi Bahagian Balai Islam akan menganjurkan dua siri Program Qiyamunnahar...
KAUNTER ZAKAT FITRAH DALAM KOLEJ
JASIN 12 Mac - Kolej Komuniti Jasin (KKJS) mengambil langkah proaktif dengan menyediakan kaunter pungutan zakat fitrah di kolej berkenaan....