MAIM sedia 10,000 kit Musa’adah, bantu rakyat terjejas COVID-19

Masa Membaca:1 Minit, 8 Saat

BUKIT KATIL 19 Jan – Sebanyak 10,000 kit Bantuan Makanan Kecemasan (MUSA’ADAH) Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) disalurkan ke 28 Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (JAPERUN) dan 195 masjid di negeri ini bagi meringankan beban masyarakat yang terkesan akibat pandemik COVID-19.

Timbalan Pengerusi MAIM, Datuk Md Rawi Mahmud ketika menyampaikan bantuan itu berkata, kit makanan itu turut disalurkan kepada lapan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan 700 Orang Asli di daerah Jasin dan Alor Gajah

Md Rawi berkata, MAIM menjalankan persediaan bagi menyalurkan bantuan itu sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan di negeri ini 13 Januari lalu.

“Kit makanan ini berisi 10 barang keperluan asas termasuk beras, susu, tepung, sardin, garam dan biskut bernilai RM40.

“Penerima di JAPERUN dikenal pasti menerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) serta kariah masjid di kawasan masing-masing.

“Kita juga edarkan kepada NGO Islam seperti Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA),” katanya ditemui Melaka Hari Ini (MHI) pada majlis itu yang diadakan di Bilik Gerakan COVID-19 Agensi Agama Islam Melaka di Pusat Islam Melaka, Bukit Palah di sini, semalam.

Kakitangan MAIM memasukkan kit makanan Bantuan Makanan Kecemasan Musa’adah MAIM untuk diagihakan ke 28 JAPERUN, 195 masjid serta NGO dan perkampungan Orang Asli di negeri ini

Yang turut hadir Setiausaha MAIM, Muhammad Ikram Ibrahim dan Penyelaras JAPERUN Bukit Katil, Ridhwan Mohd Ali.

Views:

515
Kongsi :
Previous post Buat-buat hasilkan PPE, tapi sebenarnya….
Next post Tidak putus doa suami dan rakan ditemui selamat
Ubah saiz-+=