
MAIM SANTUNI PENGHUNI PUSAT KOREKSIONAL JASIN
AYER KEROH 10 Disember – Usaha menyuburkan syiar Islam dilaksanakan Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) tidak ada batasannya, terhad kepada membantu golongan asnaf atau saudara baharu semata-mata.
Sebaliknya MAIM turut prihatin dan cakna terhadap penghuni sebaliknya tembok besi di Pusat Koreksional Jasin (PKJ) menerusi penganjuran Program Dhuha bertempat di Surau An Nur, PKJ baru-baru ini.
Menerusi hantaran di Facebook MAIM, program itu dilaksanakan melalui dana asnaf riqab dan diisi dengan ceramah dhuha yang disampaikan oleh penceramah jemputan, Imam Muda Aran.
“Doakan mereka menjadi insan yang lebih baik, kita sama-sama bantu, bimbing dan bawa mereka bersama dengan kita menjalani kehidupan yang lebih baik di masa akan datang…Jangan pinggirkan mereka.
“Daripada Abu Hurairah R.A bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : “Sesungguhnya tidak aku diutuskan melainkan untuk menyempurnakan kebaikan akhlak.” – Hadis Riwayat Ahmad,” kata kenyataan itu.
Program dianjurkan adalah hasil kerjasama antara MAIM dan pihak pengurusan PKJ, aktiviti ceramah dihadiri 100 orang penghuni pegawai serta kakitangan terlibat.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
MELAKA TERIMA TAMBAHAN VAKSIN INFLUENZA
MACHAP JAYA 19 April - Kerajaan Negeri meneruskan program pemberian vaksin influenza secara percuma kepada warga emas di negeri ini...
MOU ANTARA AKCC, SK TUNSAS DAN UUMISM, PERKASA SUKAN GOLF MELAKA
AYER KEROH 19 April - Sebagai usaha untuk melahirkan lebih ramai pemain golf berkualiti dari Negeri Melaka, Ayer Keroh Country...
TAMBAH BOT PERANTARA, LANCARKAN KEMASUKAN PELANCONG MELALUI KOMPLEKS ICQS
AYER LIMAU 19 April - Jumlah ‘middle boat’ atau bot perantara bagi membawa penumpang kapal persiaran berlabuh di perairan Selat...
PERZIM LESTARIKAN BUSANA TRADISIONAL KLASIK
BANDAR HILIR 19 April - Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) memperkenalkan busana tradisional terbaharu sebagai inisiatif memartabatkan semula seni, budaya dan...
‘POGHUT’ AYER LIMAU BERAYA SAKAN
AYER LIMAU 19 April - Penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Limau berlangsung dengan penuh kemeriahan apabila...
MERIAHNYA RAYA DI MACHAP JAYA
MACHAP JAYA 19 April - Kira-kira 2,500 tetamu hadir memeriahkan sambutan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap...